Ikuti Kami:

GISBH Nafi Dakwaan Kegiatan Liwat-Meliwat, Dakwa Bukan Semua Premis Serbuan Kendalian GISBH

GISBH Nafi Dakwaan Kegiatan Liwat-Meliwat, Dakwa Bukan Semua Premis Serbuan Kendalian GISBH

Semalam Negara digemparkan dengan kenyataan dari PDRM berhubung serbuan dia 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan menerusi gerakan ‘Op Global’ yang didakwa melakukan aktiviti tidak bermoral termasuk seksual.

Hari ini Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran GISB, Mokhtar Tajuddin menafikan segala dakwaan tentang isu tersebut.

“Itu (liwat) memang tidak benar sama sekali. Kita organisasi Islam, takkan ada perbuatan sedemikian (seksual).

“Ada is yang tidak jelas di sini, sama ada premis yang diserbu itu di bawah kendalian GISB atau tidak?

“Ini kerana ada antara premis yang diserbu itu ialah premis perniagaan… tapi ia hanya di bawah bimbingan GISB.” katanya.

Justeru itu, syarikat GISB kini sedang mendapatkan khidmat guaman selepas terkesan dengan dakwaan itu.

Memandangkan dah masuk peringkat siasatan, kami sedang dapatkan khidmat guaman.

Menurut Mokhtar, pihak polis masih belum panggil mana-mana pengurusan tertinggi syarikat. Namun mereka tetap akan memberikan kerjasama kepada polis.

Komen
Loading...