Ikuti Kami:

GISBH: JAIS Tahan 108 Individu Disyaki Terlibat Dalam Aktiviti Syariah Tidak Sah

GISBH: JAIS Tahan 108 Individu Disyaki Terlibat Dalam Aktiviti Syariah Tidak Sah

SHAH ALAM, 2 Oktober 2024 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan tangkapan terhadap 108 individu yang disyaki terlibat dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Mereka didakwa atas pelbagai kesalahan berkaitan dengan jenayah syariah, termasuk aktiviti perkahwinan, perceraian tanpa kebenaran, dan kutipan dana tidak sah.

Menurut Pengarah JAIS, Dato’ Haji Mohd Shahzihan Bin Ahmad, hasil siasatan mendapati terdapat bukti yang menyokong dakwaan bahawa kumpulan ini menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang syariah.

“JAIS mendapati wujud beberapa fakta mengenai amalan dan kepercayaan sesat yang bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan.

Siasatan turut mendedahkan bahawa mereka menjalankan akad perkahwinan dan poligami tanpa dokumen sah dari Pendaftar Perkahwinan, Cerai, dan Rujuk Orang Islam, ini mengundang kekeliruan dalam penentuan nasab anak-anak yang terlibat, yang berisiko besar menjadi mangsa keadaan.

“Keutamaan kami adalah untuk menyelamatkan kanak-kanak daripada situasi syubhah yang berisiko mencemarkan nasab mereka,” kata Shahzihan.

JAIS kini bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi mengesan dan menyelamatkan 435 kanak-kanak yang dikenal pasti terlibat dalam operasi ini, yang dikenali sebagai Op Global.

Komen
Loading...