Gerobok Biru Gegak Gempita Raya 2025: Festival Raya Terbesar dengan 196 Jam Kemeriahan!
- oleh Mohd Indera
- 4 minggu lalu

Festival jualan raya yang paling dinanti-nantikan, Gerobok Biru Gegak Gempita Raya 2025, bakal menggegarkan WTC Kuala Lumpur dari 14 hingga 24 Mac 2025.
Dengan tempoh 11 hari dan 196 jam yang mencipta rekod sebagai festival raya terpanjang dan terlama di Malaysia, acara ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang unik dan penuh kemeriahan.
Bertemakan “Shopping Awal Tak Kalut”, festival ini menggabungkan elemen jualan raya dan festival makanan dalam satu acara mega.
Gerobok Biru Gegak Gempita Raya bukan sekadar medan membeli-belah, malah ia turut menawarkan cabutan bertuah harian dengan lebih 300 gold coin untuk dimenangi serta hadiah utama berupa sebuah kereta elektrik (EV Car).
Tawaran menarik ini pastinya akan menarik ribuan pengunjung sepanjang festival berlangsung.
Festival ini juga dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan setiap malam, menjadikan suasana lebih meriah sepanjang bulan Ramadan.
Lebih menarik, sebanyak 80 booth makanan eksklusif dari Rasa Fusion Food Festival bakal menyajikan pelbagai juadah lazat untuk para pengunjung.
CEO Mivas City Sdn Bhd berkata festival ini dirancang untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang santai dan teratur, membolehkan pengunjung membuat persiapan raya tanpa tergesa-gesa.
“Festival ini dirancang khusus untuk memberi pengalaman membeli-belah yang lebih santai dan teratur kepada orang ramai. Kami mahu pengunjung dapat membuat persiapan raya tanpa rasa kalut atau terburu-buru.” katanya.
Sebagai festival raya pertama yang menggabungkan pameran jualan dan festival makanan, pengunjung juga boleh menikmati live booth percuma untuk vendor terpilih, sesi podcast harian membincangkan persiapan raya dan trend terkini, serta kehadiran jenama terkenal seperti Prima Valet bersama barisan duta mereka.
Selebriti dan influencer popular seperti Ashraf Muslim, Kak KM, Emy Takal, Ifik Takal, Bella Hanna, Aisyah Rahim, Nurul Ellyna, Iddin Ramli, serta beberapa food influencers lain turut bakal mencuri tumpuan.
Dalam sidang media yang diadakan pada 10 Mac 2025 di Marble Stage, Level 2, WTC Kuala Lumpur, pihak penganjur Mivas City Sdn Bhd bersama rakan strategik telah berkongsi lebih lanjut mengenai pelbagai aktiviti dan kejutan menarik yang bakal berlangsung sepanjang festival ini.
Festival ini turut mendapat sokongan daripada WTC Kuala Lumpur sebagai Official Venue, Specta sebagai Strategic Partner, Rasa Fusion Food Festival sebagai Official Food Festival, Ombak Exclusive sebagai Official Printing Partner, serta VNM Studio sebagai Official Media Partner.
Orang ramai dijemput untuk menyaksikan sendiri kemeriahan festival ini dan menikmati pengalaman membeli-belah yang luar biasa.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mivas City Sdn Bhd melalui email di [email protected] atau layari laman sosial TikTok, Facebook, dan Instagram @gerobokbiru.
Foto oleh: Maestro Ridwan.