Gerai Kari Kepala Ikan “Bawah Pokok” Bangsar Kene Roboh, Kini Guna “Food Truck”
- oleh Mohd Indera
- 5 tahuns lalu
Baru-baru ini netizen terutama warga kota dikejutkan dengan beberapa gambar gerai kari kepala ikan Anuar di Bangsar- yang sentiasa dipenuhi orang ramai sebelum ini telah dirobohkan.
Perkongsian gambar yang tular di media-media sosial itu sekaligus menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminat setia juadah nasi kandar itu yang sudah berada di sana sejak sekian lama.
Tinggal kenangan anuar kari kepala ikan bangsar pic.twitter.com/wuEeqJwNXG
— PawanMrkidal 🇲🇾 (@pawanTo3) June 15, 2020
Dengan ramai yang tertanya-tanya akan situasi sebenar ditambah dengan situasi perintah kawalan pergerakan ketika ini,
Menurut mereka, gerai kari kepala ikan Anuar yang terletak di bawah pokok sebelum ini masih beroperasi seperti biasa tetapi dengan menggunakan ‘food truck’ yang diletakkan di kawasan sekitar kedai lama mereka.
Terletak berdekatan dengan struktur gerai mereka sebelum ini, pemilik memberitahu mereka bagaimanapun hanya akan menjalankan perniagaan secara bungkus dan penghantaran sahaja.
Keputusan untuk beralih menggunakan food truck itu difahamkan kerana struktur gerai mereka yang lama sebelum ini terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan lot kedai yang baru.
Jadi kepada peminat kari kepala ikan Anuar yang terletak di Bangsar ini, anda tidak perlu risau dengan gambar-gambar sebelum ini kerana mereka masih lagi dibuka seperti biasa cuma kali ini dengan hanya menggunakan food truck.
Malah warga kota yang tidak berkesempatan untuk ke sana juga boleh membuat pesanan melalui Whatsapp kerana mereka juga difahamkan menawarkan perkhidmatan penghantaran.