IKLAN

“Genap Setahun Pembedahan Ainul Mardhiah ...” Terima Kasih Buat Seluruh Rakyat Malaysia

Nama Ainul Mardhiah tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Kisah adik Ainul mendapat perhatian selepas dia mengidap Germ Cell Tumor kira-kira setahun yang lepas.

Setelah menjalani pembedahan dan rawatan serta doa yang tidak putus-putus daripada seluruh rakyat Malaysia, hari ini adik Ainul semakin sihat dan comel.

Setahun telah berlalu

Selepas setahun berlalu, bapa kepada adik Ainul ini iaitu Ahmad Safiuddin ada berkongsikan tentang rasa syukurnya atas apa yang anak serta keluarganya tempuhi sepanjang itu.

Menerusi posting di laman Facebook ayah kepada adik Ainul, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua kerana doakan adik Ainul.

10 Jun 2019 – 10 Jun 20

“Hari ini genap setahun tarikh ainul dibedah di Great Ormond Street London. Pada tarikh hari ini, tahun lepas, kami suami isteri sedang berada di luar dewan bedah”.

“Menanti pengkhabaran gembira dari Dr @dramalinabakri yang berada di dalam OT bersama Doktor-Doktor yang lain”.

IKLAN

Gambar ketika dapat berita Ainul berjaya dibedah dan selamat

“Gambar ini diambil secara candid dari aunty kesayangan kami @halizahashimdoyle ketika kami mendapat pengkhabaran bahawa ainul telah berjaya dibedah dan semuanya selamat”.

“Sebagai ibu bapa, saya dan isteri memanjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana telah berikan kami peluang baharu dalam membesarkan Ainul Mardhiah dengan keadaan ainul yang semakin baik. Alhamdulillah, terima kasih Allah”.

Allah gerakkan hati rakyat Malaysia

“Tapi, usaha ini juga tidak akan berjaya jika tanpa pertolongan dan bantuan dari manusia-manusia kiriman Allah ( Allah gerakkan hati rakyat malaysia ) yang turut sama sama membantu baik dari segi kewangan dan juga doa kalian”.

“Terima kasih semua rakyat malaysia yang prihatin terhadap Ainul Mardhiah”.

“Tidak lupa juga buat semua wakil-wakil kerajaan, wakil bukan kerajaan, embassy malaysia london, MAHB, Hospital Avisena, Para Doktor KKM, jururawat dan lain-lain”

Terima kasih Dr Amalina menjadi suara kami disana

IKLAN

“Terima kasih Dr Amalina kerana menjadi suara kami sepanjang kami disana”.

“Terima kasih Aunty Haliza, Aunty Zaharah, Kak Sri & Kak Shira sebab teman kami bawa kami jalan-jalan semasa di sana”.

Tugas berat dipikul 3 doktor ini

“Terima kasih tak terhingga buat Dr Jaseem, Dr Guna dan Dr Razin selaku pengiring ainul pergi dan balik”.

“Tugas ini antara yang berat sebab 3 orang doktor ini perlu memastikan ainul selamat pergi dan balik”.

Terima kasih semua, hanya Allah dapat membalasNya

“And last, Special thanks buat kakak kakak doktor kami yang menjadi peneman kami, mudahkan urusan kami sepanjang keberadaan kami di sana, Kak Fahja, Kak Najmiah & Kak Faridah”.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN