Ikuti Kami:

Gelandangan Rasai Nikmat Berbuka Dengan ‘Keluarga’

Gelandangan Rasai Nikmat Berbuka Dengan ‘Keluarga’

Langkah Perintah Kawalan Pergerakkan yang dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19 di Malaysia nampaknya seakan sudah memberi kesan.

Antara langkah kerajaan bagi memastikan semua orang tidak keluar dan berlegar-legar di kawasan awam adalah dengan menempatkan para gelandangan di pusat kuarantin yang telah ditetapkan.

Dapat rasai berbuka seakan keluarga
Bagi gelandangan di ibu kota, mereka telah ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur.

Jadi, mereka yang beragama Islam pastinya akan melalui ibadah puasa di sana. Namun, disebalik pendemik ini, sedikit sebanyak memberi hikmah buat mereka apabila dapat merasai nikmat berbuka dengan rakan-rakan seperti bersama keluarga sendiri.

Makan bersama-sama
Gambar-gambar yang diperoleh daripada laman Facebook Wilayahku ini semenangnya membuatkan kita berasa hiba apabila mereka dapat menikmati juadah berbuka bersama-sama di pusat kuarantin tersebut.

Lebih menarik lagi, mereka turut menikmati makanan dengan rakan-rakan dan duduk secara berkumpulan.

Semoga ada hikmah disebalik Covid-19
Rata-rata warganet yang melihat gambar tersebut mengucapkan syukur kerana nasib golongan gelandangan terbela dan dijaga dengan baik.

Mereka juga mendoakan agar para gelandangan itu akan mendapat kebaikan sepanjang berada dalam pusat kuarantin yang boleh dibawa keluar apabila pendemik ini berakhir.

Sumber : Wilayahku

Komen
Loading...