Ikuti Kami:

Garnier Perkenal Tri-Acid Renew Peeling Serum, Revolusi Lembut Penjanaan Semula Kulit

Garnier Perkenal Tri-Acid Renew Peeling Serum, Revolusi Lembut Penjanaan Semula Kulit

Garnier Malaysia memperkenalkan inovasi terbaharunya, Garnier Tri-Acid Renew Peeling Serum, yang dirumus untuk memberikan penjanaan semula kulit secara lembut tanpa menyebabkan iritasi atau ketidakselesaan, sekali gus menandakan langkah baharu dalam penjagaan kulit moden berasaskan sains dan alam semula jadi.

Acara pelancaran yang diadakan di The Creators’ Renew Lab, APW Bangsar, pada 30 hingga 31 Oktober lepas turut menampilkan pelbagai aktiviti interaktif dan sesi perbincangan mengenai penjagaan kulit, menggambarkan pendekatan Garnier yang menekankan keseimbangan antara keberkesanan saintifik dan keselesaan pengguna.

Menurut kenyataan Garnier Malaysia, Tri-Acid Renew Peeling Serum mengandungi 15 peratus AHA, BHA dan PHA, tiga asid aktif yang berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati dan memperbaharui lapisan kulit secara lembut.

Serum itu turut diperkaya dengan Niacinamide bagi membantu memperbaiki tona kulit serta memperkukuh fungsi perlindungan semula jadi kulit.

Produk tersebut diformulasikan untuk memberikan kesan penjanaan semula dalam masa hanya empat jam, namun kekal sesuai digunakan setiap hari termasuk bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Dalam sesi forum bertajuk Peel The Truth, pakar dermatologi dan pempengaruh kesihatan kulit, Dr. Aen, menyatakan bahawa teknologi dalam Tri-Acid Renew Peeling Serum membuktikan rawatan pengelupasan tidak semestinya menyakitkan.

“Saya perlukan hasil profesional yang nyata, namun mestilah selamat dan mudah digunakan. Apa yang saya gemari tentang Garnier Tri-Acid Renew Peeling Serum ialah ia memberi kesan ‘peel glow’ yang menakjubkan tanpa rasa pedih atau masa pemulihan.”

“Ia cukup lembut untuk digunakan setiap hari, membantu mengatasi masalah kusam dan jerawat semasa kehamilan semuanya dari keselesaan rumah sendiri.” katanya.

Selain serum, Garnier turut memperkenalkan Micellar Peeling Water, pembersih dua dalam satu yang bertindak sebagai pembersih dan eksfoliator lembut, melengkapkan rutin penjagaan kulit yang efektif dan seimbang.

Acara pelancaran tersebut turut menampilkan kemunculan istimewa pempengaruh terkenal MekYun, yang berkongsi pengalaman menggunakan produk baharu ini, serta aktiviti Custom Charms Lab oleh artisan tempatan Beadology dan Matcha Bar oleh 1800-MATCHA-N-CHOCOLATE, menjadikan pengalaman pelancaran lebih interaktif dan menyeronokkan.

Menurut Garnier, inisiatif ini mencerminkan komitmen jenama itu terhadap konsep “High-Tech Nature Beauty Made to Feel Good”, yang menekankan inovasi berteknologi tinggi dengan pendekatan lembut serta mesra alam.

Produk Garnier Tri-Acid Renew Peeling Serum dan Micellar Peeling Water kini boleh didapati secara eksklusif di semua saluran Watsons, termasuk TikTok Shop, Shopee, Lazada dan Watsons Online.

Komen
Loading...