Gandingan Kelly Azman & Ani Maiyuni Seri Buffet ‘Selera Bonda’ di St. Giles Boulevard KL
- oleh MDaily Editor
- 17 Dec 2025 2:14 pm
Menjelangnya bulan Ramadan yang mulia, St. Giles Boulevard Kuala Lumpur tampil mempertaruhkan konsep “Selera Bonda” bagi mengubati kerinduan tetamu terhadap masakan ibu di kampung halaman.
Lebih menarik, suasana berbuka puasa di hotel yang terletak di Mid Valley City ini bakal dimeriahkan dengan kehadiran penghibur serba boleh, Kelly Azman dan penyanyi popular, Ani Maiyuni.
Gandingan dua personaliti ini, yang diiringi oleh kumpulan Aman and The Typewriter, dijanjikan bakal menyuntik elemen nostalgia dan keceriaan buat tetamu sambil menikmati hidangan berbuka puasa dalam suasana yang eksklusif namun santai.
Pengurus Hotel St. Giles Boulevard Kuala Lumpur, Pn. Zuliani Hamid berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat menyambut tetamu dengan tawaran yang memfokuskan kepada kehangatan kasih sayang seorang ibu melalui makanan.
“Kami telah menyediakan menu serta suasana yang benar-benar menangkap kehangatan dan keselesaan masakan ibu, menjadikan pengalaman berbuka puasa ini satu memori yang akan dihargai,” katanya dalam majlis Ramadan Review semalam.
Tarikan utama buffet “Selera Bonda” pada tahun ini adalah pengenalan konsep 5 Kawah yang menyajikan pelbagai hidangan tempatan asli. Antara menu “pembuka selera” yang menjadi bualan termasuklah:
– Pilihan Sup: Sup Tulang, Sup Kepala Ikan Sayur Asin dan Sup Kambing Mamak.
– Pilihan Gulai: Gulai Lemak Siput Sedut Pucuk Ubi, Asam Pedas Ikan Tenggiri Belimbing Buluh, serta Gulai Tempoyak Daging Tetel.
Selain buffet makan malam, hotel turut menawarkan Pakej Bilik Eksklusif “Selera Bonda” pada harga RM488 bersih, merangkumi penginapan satu malam, sahur, dan berbuka puasa untuk dua orang bagi memudahkan tetamu yang ingin fokus kepada ibadah dan masa berkualiti bersama keluarga.
Bagi orang ramai yang ingin merasai pengalaman ini, buffet akan bermula dari 21 Februari hingga 18 Mac 2026 (3 hingga 28 Ramadan 1447H).
– Dewasa: RM108 seorang
– Kanak-kanak: RM65 seorang
– Tawaran Early Bird: RM88 seorang (untuk tempahan sebelum 22 Februari 2026)
Untuk tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian +6016 267 9880 atau e-mel ke [email protected].




