‘Gaming Meets Drama’: Kolaborasi UniPin Viu Gabung Kuasa Hiburan Digital
- oleh Mohd Indera
- 1 hari lalu

Dari kiri Nicholas How, SVP, Group Marketing, UniPin dan Eric siew, Head of Marketing & Partnership, VIU Malaysia.
Dua peneraju dalam dunia hiburan digital, UniPin dan Viu Malaysia, kini bergabung dalam satu kolaborasi eksklusif menerusi kempen “Gaming Meets Drama” yang menyatukan dua dunia hiburan paling digemari rakyat Malaysia iaitu permainan video dan drama Asia.
Dilancarkan secara rasmi hari ini, kempen ini menawarkan langganan percuma Viu Premium selama satu bulan kepada semua pengguna baharu yang mendaftar akaun di laman rasmi www.unipin.com.
Inisiatif ini juga terbuka kepada pengguna sedia ada UniPin dan pengguna Viu yang belum melanggan Premium.
Naib Presiden Kanan Pemasaran Kumpulan UniPin, Nicholas How, berkata kerjasama ini tercetus hasil pemerhatian terhadap kecenderungan pengguna digital masa kini.
“Kolaborasi ini cukup mudah dan sangat bernilai. Anda hanya perlu daftar di unipin.com dan secara automatik anda boleh tebus akses Viu Premium selama 30 hari, semuanya secara percuma,” jelasnya.
Tambah Nicholas lagi, kempen ini menyasarkan pelbagai lapisan pengguna daripada peminat tegar permainan seperti Mobile Legends dan Genshin Impact hinggalah kepada penonton setia K-drama dan drama tempatan.
“Rakyat Malaysia suka bermain dan suka menonton. Sekarang mereka tak perlu pilih satu, mereka boleh nikmati kedua-duanya,” katanya.
Menariknya, UniPin turut menawarkan pulangan tunai sebanyak 7 peratus bagi setiap tambah nilai permainan di platform mereka, memberi kelebihan tambahan kepada para pemain.
“Top up RM10, anda dapat nilai lebih sebab kami beri 7 peratus tambahan. Ini sesuatu yang pemain pasti hargai,”
“Kempen ini berlangsung berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat di mana jumlah langganan percuma yang ditawarkan adalah terhad.” tambah Nicholas.
Majlis pelancaran turut diserikan dengan kehadiran Eric Siew, Ketua Pemasaran dan Perkongsian Viu Malaysia.
Kempen Gaming Meets Drama berlangsung dari 20 Jun hingga 31 Disember 2025 dan hanya untuk pasaran Malaysia. Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh didapati di laman rasmi www.unipin.com.