Ikuti Kami:

Gaji Hanya RM2,000 Tetapi Teman Wanita Minta Belikan Honda & iPhone 15 Pro – “ Terpaksa Buat ‘Loan’”

Gaji Hanya RM2,000 Tetapi Teman Wanita Minta Belikan Honda & iPhone 15 Pro – “ Terpaksa Buat ‘Loan’”

Sejauh mana anda sanggup berkorban dan sebanyak mana anda sanggup berbelanja untuk memenuhi permintaan teman wanita?

Kalau sedang hangat dilamun cinta, kebanyakan individu sanggup menuruti kehendak pasangan untuk membahagiakan mereka.

Seperti cerita lelaki ini yang mendedahkan hidupnya kini serabut kerana memikirkan tentang hutang dan kewangannya.

Menerusi aplikasi X, lelaki berusia 26 tahun itu berkata teman wanitanya sering meminta dia membelikan barangan mewah.

Antaranya adalah cincin pertunangan, iPhone 15 pro dan paling dahsyat, teman wanitanya turut meminta agar dia membeli kereta jenis Honda untuknya.

Kata lelaki berusia 26 tahun itu, dia baru bekerja selama empat bulan dengan pendapatan (gaji pokok) hanya RM2,000 dan disebabkan mahu menuruti kehendak yang tersayang dia terpaksa membuat pinjaman peribadi.

Aku nak kasi (iPhone) 13 dia taknak, nak juga 15 pro. Terpaksa loan. Pening dapat GF macam ni tapi nak buat macam mana, keluarga dah kenal.

Hantaran itu mendapat pelbagai komen dan respon daripada warganet di mana rata-ratanya menasihatinya untuk memutuskan hubungan tersebut.

Kata netizen, tabiat berbelanja barangan mewah tersebut akan menyusahkan diri dan kewangannya di masa akan datang.

Run dik run. Hutang ini akan sentiasa mendatangkan masalah lain. Biarlah family kenal ke apa sebab yang akan tanggung beban (hutang) itu nanti kamu sorang je.

Komen
Loading...