Ikuti Kami:

Gadis Bangga Dapat Balik Kampung Guna “kabel”

Gadis Bangga Dapat Balik Kampung Guna “kabel”

Gara-gara nak berbangga dapat pulang ke kampung guna ‘kabel polis’, dia telah berhadapan dengan pelbagai kecaman netizen.

Gadis itu yang dikenali sebagai Siska Qirana, mendakwa bahawa dia dapat pulang ke kampung disebabkan adanya ‘kabel kuat’ dan menggunakan kata-kata yang manis sahaja.

Walhal, sebenarnya menerusi maklum balas pihak polis Dungun menerusi Facebook, gadis itu tiada pun dapat apa-apa keistimewaan.

Sebaliknya, gadis itu dibenarkan pulang kerana taska miliknya dipercayai ada kes pecah masuk, bukanlah sebab guna ‘kabel’ seperti yang dikatakan.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, perkara yang dimaklumkan wanita terbabit itu tidak benar.

“Kita sudah beri kelulusan kepadanya pada hujung April lalu selepas polis di Putrajaya memaklumkan taska wanita terbabit dipecah masuk.

“Kebenaran diberikan untuk dia menyelesaikan urusan berkaitan taskanya dan dia sudah bergerak ke sana (Putrajaya) pada 27 April lalu.

“Wanita terbabit juga sudah mendapat kelulusan untuk kembali ke daerah ini memandangkan anak-anaknya ditinggalkan di sini (Dungun) bersama keluarganya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sekarang ini, gadis itu yang juga merupakan pemilik taska masih lagi berhadapan dengan kecaman netizen.

Harap muka jer cantik

Ini boleh jadi kes tipu

Batak perhatian la kot

Tindakan itu mendapat kecaman warganet yang tidak berpuas hati selain turut memberi imej buruk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Komen
Loading...