IKLAN

G-Shock Lancar Model DW-5600 Khas Bersama NASA

NASA antara jenama yang banyak menghasilkan kolaborasi bersama jenama terkemuka antarabangsa antaranya Vans dan H&M. G-Shock adalah jenama terkini yang berkolaborasi bersama NASA untuk model DW-5600.

Rekaan jam tangan ini dibiarkan minimalis dengan logo NASA terpampang di muka jam. Warna putih dipilih mengambil inspirasi daripada warna rasmi suit angkasawan NASA. Paling menarik adalah gambar bulan akan muncul apabila lampu backlight dinyalakan.

IKLAN

Untuk melengkapkan gaya model edisi khas ini, tin jam ini juga direka seperti shuttle NASA. Jam tangan NASA x G-Shock DW-5600 ini akan dijual di laman G-Shock USA dan butik G-Shock rasmi serata dunia dalam masa terdekat.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN