Frontliner Hiburkan Pesakit COVID-19, Ajak Menari Lagu Hindustan
- oleh Mohd Indera
- 5 tahuns lalu
Menjalani proses kuarantin pastinya satu tempoh yang memberikan tekanan kepada pesakit-pesakit COVID-19. Bukan sahaja mereka perlu berjauhan dari keluarga malah perasaan risau pastinya akan membelenggu diri mereka.
Bagi membantu para pesakit menghilangkan tekanan di pusat kuarantin, frontliners di pusat kuarantin Singapura tampil dengan idea kreatif untuk menghiburkan mereka. Sebanyak dua kali sehari, pesakit COVID-19 yang ditempatkan di Singapore Expo ini akan sama-sama melakukan sesi latihan beramai-ramai.
Petugas kesihatan akan mengetuai para pesakit dalam latihan tarian di Expo tersebut.
Omg this is so cute and a great idea. Way to lift their spirits up ? and look at that person shaking his/her booty in full PPE. Such a mood pic.twitter.com/oq2vOV0FfD
— Lisa (@lisazelang) June 5, 2020
Di dalam video yang dikongsikan, petugas kesihatan itu dilihat menari dengan penuh semangat walaupun dalam keadaan memakai pakaian perlindungan diri. Dapat dilihat juga, puluhan pesakit yang terdiri daripada pekerja asing cuba mengikuti tarian tersebut.
Woodlands Health Campus (WHC) memberitahu StraitsTimes Singapore bahawa pasukan kesihatan memulakan siri latihan itu untuk meningkatkan kesihatan pesakit.
Aktiviti ini juga bertujuan untuk menaikkan mood pesakit dan membantu mereka kekal aktif walaupun di dalam pusat kuarantin.
Terima pujian Dr Noor Hisham
Usaha yang dilakukan oleh petugas kesihatan ini turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Menerusi ruangan komen, beliau memberikan reaksi positifnya di atas usaha yang dilakukan mereka.
“All work and no play makes Jack a dull boy”
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 6, 2020
Perkongsian video itu juga telah mendapat lebih 300,000 tontonan di mana rata-rata netizen turut kagum dengan usaha yang diberikan petugas kesihatan. Walaupun penat bekerja seharian dengan memakai PPE, itu tidak menjadi penghalang buat mereka untuk terus membantu pesakit.
Mesti diorang lg seronok kene quarantine. Dpt jugak rehat.Slalunya kerja bwh panas terik kadang lebih masa tp majikan tak bayar. At least they can enjoy this little moment? Thankyou to the frontliners who still making effort in taking care on other’s mental health waktu2 mcm ni
— sikin (@menaces_) June 6, 2020
Bless our medical staff
— Friends of Adik (@friendsofadik) June 6, 2020
Ramai warga asing nak buat saringan lepas tgk mcm ni. Hehe
— Mhd Shamin (@shamienhereyo) June 6, 2020
Untuk makluman, pasukan kesihatan di sana memerhatikan keadaan kesihatan dan pernafasan pesakit semasa latihan dilakukan. Tahap oksigen pesakit juga akan diperiksa selepas latihan untuk membantu mengenal pasti sesiapa yang mungkin memerlukan pemerhatian perubatan yang lebih.