Ikuti Kami:

#FromKawantoKahwin : Nina Ismail Sabri Kini Isteri Hafiz Osman

#FromKawantoKahwin : Nina Ismail Sabri Kini Isteri Hafiz Osman

Nina Ismail Sabri, anak sulung kepada mantan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kakak kepada penyanyi terkenal Dafi, selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman, dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur semalam.

Dalam majlis indah tersebut, Hafiz sah bergelar suami kepada Nina dengan hanya sekali lafaz. Saat bahagia itu disaksikan oleh ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat. Nina turut menerima mas kahwin berupa seutas rantai emas, melambangkan penyatuan cinta mereka.

Pasangan pengantin tampil serba anggun dalam busana sedondon serba putih, melambangkan kesucian dan keserasian mereka.

Sebelum ini, Hafiz pernah memuat naik satu video di Instagram yang memaparkan momen istimewa ketika dia melamar Nina.

Menurut Hafiz, lamaran tersebut dilakukan dalam suasana unik di sebuah pameran seni, yang sebenarnya merupakan sebahagian daripada rancangannya pada 21 September lalu.

Video tersebut mendapat perhatian meluas daripada netizen, yang kagum dengan keunikan dan keikhlasan detik itu.

Sekadar makluman, ini merupakan perkahwinan kedua buat Nina. Beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie, pada 11 Disember 2013, namun mereka bercerai pada Ogos 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, Nina dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie, yang kini berusia enam tahun.

Semoga perkahwinan Nina dan Hafiz membawa kebahagiaan serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Tahniah sekali lagi kepada kedua-duanya atas ikatan cinta yang indah ini!

Komen
Loading...