Ikuti Kami:

From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0 : Buffet Ramadan Gabungan Tradisi dan Eksklusiviti

From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0 : Buffet Ramadan Gabungan Tradisi dan Eksklusiviti

Merindu Savior Events & Management bersama Suri Catering & Event Services kembali dengan edisi terbaru Buffet Ramadan bertemakan From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0.

Acara ini menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang menggabungkan tradisi tempatan dengan suasana eksklusif, menjadikannya pilihan utama warga kota Kuala Lumpur.

Gabungan kreativiti Zaza Sabran, Pengasas Merindu Savior Events & Management, dan Ahmad Anas B. Mustafa Kamel, Ketua Pegawai Eksekutif Suri Catering & Event Services, menghasilkan seleksi hidangan tradisional yang menggamit nostalgia.

Antara menu yang disediakan termasuk Gulai Kawah, Lauk Pauk Ala Kampung, Daging Dendeng, Ubi Kayu Rebus, dan pelbagai lagi juadah autentik yang dirindui ramai.

Bertempat di Cornerstone IPC, Jalan Ampang, lokasi strategik ini dipilih kerana keistimewaannya di tengah ibu kota.

Dekorasi klasik elegan hasil kerja Bisron Akhmal dan Lilit Pipit menjadikan suasana berbuka lebih selesa dan kondusif, sesuai untuk mereka yang menghargai gabungan tradisi dan kemodenan.

Buffet ini juga menawarkan harga istimewa untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun pada kadar RM49, manakala warga emas menikmati harga RM69.

Pengunjung dewasa yang membuat tempahan sebelum 28 Februari 2025 boleh menikmati harga promosi RM103.90.

Selepas tarikh tersebut, harga biasa sebanyak RM129.90 akan dikenakan.

Dengan lebih 150 jenis hidangan, Buffet Ramadan 2025 menghidupkan semula cita rasa tradisional yang pastinya membawa kegembiraan kepada setiap pengunjung.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi Abdul Mutalib Abdul Shukor di +6018-2255 465 atau email ke [email protected].

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang unik dan bermakna ini!

Komen
Loading...