Flagship Gaming iQOO 15 Kini Disahkan SIRIM, Dijangka Tiba Disember Ini
- oleh MDaily Editor
- 11 Nov 2025 2:48 pm
iQOO, jenama telefon pintar global terkenal, bersiap sedia membawa flagship terbaharunya, iQOO 15, dijangka tiba pada bulan Disember ini selepas mendapat pengesahan rasmi daripada SIRIM.
iQOO 15 yang telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Oktober 2025 di Shenzhen, China adalah flagship gaming premium yang bakal mengubah pengalaman telefon pintar.
iQOO 15 menampilkan cip Snapdragon® 8 Elite Gen 5 generasi terkini serta Supercomputing Chip Q3, memberikan prestasi gaming dan multimedia yang unggul.
Dengan peningkatan 32% pada respon CPU dan 23% prestasi GPU, peranti ini menjanjikan pengalaman lancar dan pantas untuk pengguna berkuasa, peminat permainan video dan kreator kandungan.
Supercomputing Chip Q3 membolehkan pemprosesan grafik setara PC dengan teras DA, RT dan AI, menyokong ciri seperti Concurrent Super Resolution dan Frame Interpolation dengan latensi terendah industri.
iQOO Neural Super Sampling (QNSS) pula membolehkan resolusi 2K sebenar dalam lebih banyak permainan sambil mengekalkan kualiti visual ultra tinggi.
Teknologi Ray Tracing hasil pembangunan dalaman iQOO memberikan pencahayaan sinematik dan bayang-bayang realistik yang meningkatkan pengalaman permainan.
Peranti ini juga menyokong integrasi dengan permainan popular seperti Honkai: Star Rail, Delta Action dan Honor of Kings, termasuk efek lampu, haptic, dan ciri rakaman pro-level untuk streaming serta review permainan.
iQOO 15 memperkenalkan paparan Samsung 2K M14 LEAD™ OLED dengan kecerahan global 2,600 nits (HBM) dan puncak tempatan 6,000 nits, menampilkan Triple Ambient Light Sensor untuk visual jelas dalam apa jua keadaan.
Paparan ini menampilkan gamut warna 118% NTSC dan teknologi Polarization-Free Natural Light untuk pengalaman menonton lebih selesa. Peranti ini turut memegang pensijilan TÜV Rheinland Full Care Display, Circular Polarization dan Flicker-Free.
iQOO 15 adalah peranti pertama dunia yang menggunakan OriginOS 6, menawarkan sistem operasi lebih lancar dan responsif sehingga lima tahun.
Antara ciri baharu termasuk antaramuka lebih personal, multitasking pintar, One-tap Transfer untuk iPhone dan Office Kit untuk Mac, memudahkan pengguna berinteraksi di pelbagai platform.




