Fipper x Jujutsu Kaisen: Koleksi Kasut Edisi Terhad untuk Raya 2025
- oleh Mohd Indera
- 1 hari lalu

Fipper kembali dengan kejutan istimewa buat peminat anime dan penggemar fesyen! Bersempena dengan Hari Raya 2025, jenama kasut terkemuka ini melancarkan koleksi eksklusif Fipper x Jujutsu Kaisen, sebuah kolaborasi yang menggabungkan gaya dan keselesaan dengan elemen dunia anime yang digemari ramai.
Koleksi edisi terhad ini bukan sekadar rekaan fesyen biasa, tetapi satu penghormatan kepada fenomena global Jujutsu Kaisen, sebuah siri anime yang turut mempunyai kaitan istimewa dengan peminat Malaysia—terutama selepas salah satu episodnya menyebut Kuantan.
Dengan sentuhan reka bentuk yang diinspirasikan daripada watak utama anime ini, koleksi ini dijangka menjadi rebutan sepanjang musim perayaan.
Koleksi Fipper x Jujutsu Kaisen menampilkan dua jenis produk utama yang direka khas untuk mereka yang ingin melangkah penuh gaya:
Slip-On – Direka dalam tiga warna eksklusif dengan elemen watak ikonik Jujutsu Kaisen, termasuk Gojo Satoru dan Geto Suguru, serta logo rasmi anime ini.
– Slip-On ini menawarkan keselesaan optimum, sesuai untuk mereka yang mengutamakan gaya tanpa mengabaikan praktikaliti.
– Slipper – Menampilkan cetakan seni khas Jujutsu Kaisen, memberikan sentuhan moden dan unik untuk pemakai. Sesuai untuk kegunaan harian dan direka untuk semua peringkat umur.
Ketua Pemasaran Fipper, Fadila Aziz, menyatakan bahawa koleksi Fipper x Jujutsu Kaisen bukan sekadar gabungan fesyen dan anime, tetapi juga membolehkan peminat mengekspresikan minat mereka dengan penuh gaya.
“Kolaborasi ini bukan sekadar kombinasi fesyen dan anime, tetapi juga cara untuk peminat mengekspresikan minat mereka dengan penuh gaya.” katanya.
Menggunakan teknologi cetakan berkualiti tinggi, setiap rekaan dalam koleksi ini dijamin tahan lama dan selesa dipakai.
Dengan stok terhad dan hanya tersedia untuk musim perayaan Raya 2025, peminat disarankan mendapatkan koleksi ini sebelum kehabisan.
Jangan lepaskan peluang untuk melangkah penuh gaya dengan Fipper x Jujutsu Kaisen! Koleksi ini boleh didapati di semua cawangan Fipper dan juga secara dalam talian.