Ikuti Kami:

Filem Terbaharu Leonardo DiCaprio, One Battle After Another Raih Pujian Tinggi

Filem Terbaharu Leonardo DiCaprio, One Battle After Another Raih Pujian Tinggi

Bintang Hollywood tersohor, Leonardo DiCaprio, kembali menggegar layar perak menerusi filem terbaharunya berjudul One Battle After Another, arahan pengarah berpengaruh, Paul Thomas Anderson.

Menggabungkan elemen aksi, satira politik dan komedi gelap, filem ini menampilkan kisah sekumpulan bekas revolusioner yang terpaksa bersatu semula selepas 16 tahun apabila musuh lama kembali dan menculik anak salah seorang daripada mereka.

Selain DiCaprio, naskhah ini turut dibintangi pelakon ternama seperti Regina Hall dan Teyana Taylor, yang menambah kepelbagaian warna dalam penceritaan.

Filem ini sudah mula mencuri perhatian dunia dengan menerima pelbagai pujian tinggi daripada pengkritik antarabangsa. Di Metacritic, filem ini meraih skor mengagumkan 96/100, manakala di Rotten Tomatoes mencatat 97% ulasan positif.

Penkritik filem antarabangsa menggambarkan filem ini sebagai karya “tajam dan penuh tenaga” dengan mesej sosial mendalam, meskipun ada yang berpendapat jalan ceritanya agak padat dan memerlukan tumpuan tinggi daripada penonton.

Filem ini membawa penonton menyaksikan bagaimana perjuangan lama, persahabatan dan pengkhianatan bersatu dalam satu pertempuran baharu yang penuh ketegangan.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam utama seluruh negara bermula 25 September 2025.

Bagi penonton yang mahu merasai pengalaman sinematik lebih mendebarkan, jangan lepaskan peluang menonton di IMAX di TGV Cinemas berhampiran anda.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi www.tgv.com.my

Komen
Loading...