Ikuti Kami:

Filem Romantik Fantasi A Big Bold Beautiful Journey Bakal Tawan Hati Penonton

Filem Romantik Fantasi A Big Bold Beautiful Journey Bakal Tawan Hati Penonton

Peminat filem romantik bakal disajikan dengan sebuah karya baharu dari Hollywood berjudul A Big Bold Beautiful Journey, yang menampilkan gandingan dua pelakon terkenal, Margot Robbie dan Colin Farrell, sebagai watak utama.

Filem arahan Kogonada ini mengisahkan pertemuan tidak dijangka antara dua orang asing, Sarah (Margot Robbie) dan David (Colin Farrell), di sebuah majlis perkahwinan.

Pertemuan itu membawa mereka ke satu perjalanan luar biasa, di mana mereka berpeluang kembali ke masa lalu untuk menghidupkan semula detik-detik penting dalam kehidupan masing-masing.

Melalui pengembaraan ini, mereka bukan sahaja mengenang sejarah hidup mereka, malah berpeluang untuk memahami pilihan yang telah dibuat dan mungkin mengubah masa depan mereka.

Filem ini ditulis oleh Seth Reiss dan diterbitkan oleh Bradley Thomas, Ryan Friedkin, Seth Reiss serta Youree Henley. Turut membarisi senarai pelakon ialah Kevin Kline dan Phoebe Waller-Bridge, yang dijangka menambah kekuatan kepada keseluruhan penceritaan.

Dengan gabungan elemen cinta, fantasi dan pengajaran hidup, A Big Bold Beautiful Journey dijangka memberi impak emosi kepada penonton. Ia bukan sekadar filem hiburan, tetapi juga membawa mesej tentang peluang kedua dan erti sebenar sebuah perjalanan hidup.

A Big Bold Beautiful Journey akan ditayangkan di pawagam pada 18 September ini.

Komen
Loading...