
Tandakan kalendar anda kerana filem epik sejarah yang dinanti-nantikan, 6 Jilake, bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 24 April 2025.
Hasil kolaborasi Eartistic Entertainment dan Grand Brilliance Studio, filem arahan pengarah tersohor Aziz M Osman ini menjanjikan kisah penuh aksi dan kepahlawanan yang pasti memukau.
Berlatarbelakangkan negeri Perak pada abad ke-18, 6 Jilake mengupas kisah zaman penjajahan apabila Syarikat Hindia Timur Belanda berusaha memonopoli hasil bijih timah di kawasan itu.
Bagi mencapai matlamat tersebut, seorang pegawai Belanda telah mengupah kumpulan samseng terkenal, “6 Jilake,” untuk menguasai kawasan perlombongan.
Namun, usaha mereka dihalang oleh seorang pendekar lagenda yang mempertahankan sebuah kampung yang dipercayai menyimpan khazanah tidak ternilai.
Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Amerul Affendi, Bell Ngasri, Saiful Apek, Asmidar, Kazar Saisi, Kamarool Hj Yusof, Jalil Hamid, Wan Raja, Mamak Puteh, Wan Gegau, dan Laura Olivia.
Dengan gabungan aksi mendebarkan, elemen sejarah, dan warisan budaya, 6 Jilake dijangka mencuri perhatian penonton dari pelbagai lapisan masyarakat.
Diterbitkan oleh Dr. Shasa Aziz bersama penerbit eksekutif Nini Yusof dan Dr. Shasa Aziz, filem ini menjanjikan pengalaman sinematik yang sarat dengan keaslian sejarah dan emosi mendalam.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem epik ini yang meraikan semangat perjuangan dan keteguhan rakyat pada zaman dahulu. Ikuti perkembangan terkini tentang 6 Jilake melalui saluran rasmi Eartistic Entertainment dan Grand Brilliance Studio.
Foto Oleh: Subky Hj Bebit.