Ikuti Kami:

FFM34 Tawar RM1 Juta, Dorong Filem Tempatan ke Peringkat Dunia

FFM34 Tawar RM1 Juta, Dorong Filem Tempatan ke Peringkat Dunia

Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) membuka lembaran baharu dalam industri perfileman negara apabila menawarkan Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta kepada pemenang kategori Filem Terbaik, sebagai usaha kerajaan memperkasa karya tempatan agar mampu bersaing di peringkat global.

Majlis perasmian bertemakan “Karya Kreatif, Sinema Dinamik” disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching, yang menegaskan inisiatif itu bukan sekadar bentuk penghargaan, tetapi dorongan untuk menjadikan sinema Malaysia jenama yang disegani di rantau ini.

“Dana ini adalah komitmen kerajaan untuk melihat karya unggul Malaysia terus melangkah jauh serta meletakkan sinema negara di peta dunia. Kita mahu karya yang menang bukan hanya dikenang, tetapi juga disokong untuk berkembang dan mencapai penonton global,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa FFM bukan sekadar anugerah, sebaliknya wadah pengiktirafan terhadap dedikasi dan kreativiti insan seni layar yang berjuang memartabatkan sinema tanah air.

Dalam ucapannya, YB Teo turut mengumumkan kerajaan akan meminda Akta FINAS 1981 dan memperbaharui Dasar Perfileman Negara (DFN) bagi memastikan industri filem terus relevan dengan teknologi serta perubahan semasa, seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hab perfileman serantau.

Selain memperkenalkan kategori baharu Anugerah Aksi & Lagak Ngeri Terbaik, FFM34 turut menawarkan RM20,000 dalam bentuk sewaan dan penggunaan fasiliti FINAS bagi tujuh kategori utama, termasuk Pengarah Harapan, Sinematografi Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Pengarah Terbaik, Dokumentari Terbaik, Filem Terbaik dan Filem Pendek Terbaik.

Bagi 27 kategori pertandingan, pemenang akan menerima RM5,000 dan trofi, manakala pemenang Anugerah Khas akan membawa pulang RM10,000 dan trofi.

Sebagai penghargaan terhadap sumbangan tokoh industri, FINAS turut menganjurkan Program Tribute: Penghargaan kepada Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara, yang meraikan Seniwati Datin Rosnani Jamil, Seniwati Ruminah Sidek, Dato’ Rahim Razali, dan Othman Hafsham.

“Tribute ini menjadi jambatan antara generasi baharu dan legenda yang telah membina asas industri kita. Ia simbol kasih dan penghargaan terhadap mereka yang banyak berjasa kepada perfileman Malaysia,” ujar YB Teo.

FFM34 turut memperkenalkan inisiatif Dana Supertelefilem Bintang Veteran (STAR) 2025, yang mewajibkan sekurang-kurangnya 60 peratus artis veteran dalam setiap produksi sebagai usaha membantu kesinambungan kerjaya golongan tersebut.

Lima filem mendominasi senarai pencalonan tertinggi FFM34, menggambarkan daya saing dan kreativiti penggiat seni tempatan dalam menghasilkan karya bermutu tinggi.

Blood Brothers: Bara Naga – SKOP Productions Sdn Bhd (13 pencalonan)
Takluk: Lahad Datu – Multimedia Film Productions Sdn Bhd (12 pencalonan)
Soloz: Game Of Life – Key Billions Sdn Bhd (11 pencalonan)
Kahar: Kapla High Council – Astro Shaw Sdn Bhd (10 pencalonan)
Reversi – Act 2 Pictures Sdn Bhd / Clover Film Sdn Bhd / Golden Screen Cinemas Sdn Bhd / K-Movie Entertainment (9 pencalonan)

Senarai Top 5 FFM34

Dokumentari Terbaik
Jusit Rantai; Nadi Peralihan Tenaga; The Tides Will Decide; Rindu Tak Berpenghujung; Derita Zara

Filem Pendek Terbaik
Jerat; Rhythm of Rainforest; Syurga Itu Mahal; Saranghae; Tunggu Abah

Poster Terbaik
Tengkang; Reversi; Babah; Telaga Suriram; Gold

Rekaan Kostum/Busana Terbaik
Blood Brothers: Bara Naga; Kulit Wayang; Takluk: Lahad Datu; Mencari Ramlee; Snow In Midsummer

Tatarias/Solekan Terbaik
Snow In Midsummer; Mencari Ramlee; Kahar: Kapla High Council; Telaga Suriram; Takluk: Lahad Datu

Lagu Tema Terbaik
Kudeta (Kahar: Kapla High Council); Bara Jiwa (Blood Brothers: Bara Naga); Kita Pasti Boleh (Gold); Untuk Semua Jiwa (Soloz: Game Of Life); Sesal (Telaga Suriram)

Skor Muzik Asal Terbaik
Ken Hor (Takluk: Lahad Datu); Loque (Kahar: Kapla High Council); Muhammad Zaoff Sharqil et al. (Soloz: Game Of Life); Azri Yunus & Hakim Kamal (Ejen Ali The Movie 2); Jackey Yow (Reversi)

Kesan Khas Visual Terbaik
Chee Ang (Takluk: Lahad Datu); Faiz Hanafiah & Naim Sarip (Ejen Ali The Movie 2); Dazrena Irman Darus (Kahar: Kapla High Council); Basecamp VFX (Reversi); Jehcob & Sam (Soloz: Game Of Life)

Penataan Seni Terbaik
Halil Husairi (Mencari Ramlee); Wan Zulkifli Wan Salleh (Kulit Wayang); Nazrul Asraff Mahzan (Blood Brothers: Bara Naga); Nazrul Asraff Mahzan (Takluk: Lahad Datu); Sam Chiang (Snow In Midsummer)

Penataan Bunyi Terbaik
Mohsin Othman & Technica Studios (Soloz: Game Of Life); Supernova Media Sdn Bhd (Reversi); Fadhli Shafian et al. (Ejen Ali The Movie 2); Raja Ahmad Shaidaley (Takluk: Lahad Datu); Mohsin Othman (Blood Brothers: Bara Naga)

Penyunting Terbaik
Razaisyam Rashid (Kahar: Kapla High Council); Lee Pai Seang (Reversi); Ariff Aiman Azahar et al. (Soloz: Game Of Life); Lee Pai Seang (Money Games); Wei Hong (Takluk: Lahad Datu)

Sinematografi Terbaik
Hafiz Rashid (Mencari Ramlee); Haris Hue (Tegkang); Nevin Hiong (Kulit Wayang); Nicholas Chin (Blood Brothers: Bara Naga); Teck Zee (Takluk: Lahad Datu)

Lakon Layar Terbaik
Adrian Teh & Nazifdin Nasrudin (Reversi); Zulkarnain Azhar (Takluk: Lahad Datu); Syafiq Yusof & Nazifdin Nasrudin (Soloz: Game Of Life); Ashraf Modee Zain (Blood Brothers: Bara Naga); Wan Rafiq (Babah)

Cerita Asal Terbaik
Jimz Lee (You Are My Son); Josh Nawan (Tegkang); Syafiq Yusof & Nazifdin Nasrudin (Soloz: Game Of Life); Zahiril Adzim & Adrian Teh (Martabat: Misi Berdarah); Nadia Nadzri (Babah)

Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik
Michael Chuah (Redemption); Roslan Zainuddin (Laknat); Ubbaidillah Amirzan (Blood Brothers: Bara Naga); Roslan Zainuddin (Baik Punya Ah-Long); Ayez Shaukat (Kahar: Kapla High Council)

Pelakon Wanita Harapan
Asmidar (6 Jilake); Michelle Lungan (Tegkang); Siti Hariesa (Misteri Fraser 1910); Yise Loo (You Are My Son); Cherry Cheng (Redemption)

Pelakon Lelaki Harapan
Koh Teng Huat (You Are My Son); Fadhli Masoot (Kahar: Kapla High Council); Hun Haqeem (Soloz: Game Of Life); Vijay Ganesh (Mirugasirisham); Amir Ahnaf (Kahar: Kapla High Council)

Pengarah Harapan
Shah Faizul (Babah); Jimz Lee (You Are My Son); Zahiril Adzim (Martabat: Misi Berdarah); Megat Sharizal (Mencari Ramlee); Josh Nawan (Tegkang)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Puteri Rafasya (Telaga Suriram); Jordan Kuan (Gold); Liang Liang (You Are My Son); Aiden Wu (Blooms Of Happiness); Kis Aisha (Babah)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Cristina Suzanne (Babah); Mimi Lana (Mencari Ramlee); Vanidah Imran (Reversi); Lisdawati (Soloz: Game Of Life); Ellie Suriaty (Telaga Suriram)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Aedy Ashraf (Kahar: Kapla High Council); Shukri Yahaya (Blood Brothers: Bara Naga); Eman Manan (Takluk: Lahad Datu); Syazwan Zulkifly (Blood Brothers: Bara Naga); Syafiq Kyle (Blood Brothers: Bara Naga)

Pelakon Wanita Terbaik
Nabila Huda (Telaga Suriram); Sofia Jane (Mencari Ramlee); Khatijah Tan (Jangan Pandang Belakang.. Aku Tahu Asal Usulmu); Maya Karin (Telaga Suriram); Sweet Qismina (Babah)

Pelakon Lelaki Terbaik
Beto Kusyairy (Reversi); Qi Razali (Babah); Sharnaaz Ahmad (Blood Brothers: Bara Naga); Aeril Zafrel (Laknat); Tony Eusoff (Mencari Ramlee)

Pengarah Terbaik
Razaisyam Rashid (Kahar: Kapla High Council); Dain Said (Kulit Wayang); Syafiq Yusof & Abhilash Chandra (Blood Brothers: Bara Naga); Zulkarnain Azhar (Takluk: Lahad Datu); Syafiq Yusof (Soloz: Game Of Life)

Filem Terbaik
Soloz: Game Of Life; Takluk: Lahad Datu; Reversi; Blood Brothers: Bara Naga; Babah

Malam Anugerah FFM34 dijadual berlangsung pada 1 November 2025, jam 8.30 malam di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, dan disiarkan secara langsung di TV2 RTM serta saluran YouTube FINAS.

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi di https://ffm.finas.my

Komen
Loading...