Ikuti Kami:

Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024: Jangan Lepaskan Peluang Dapatkan Tiket Anda Sekarang!

Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024: Jangan Lepaskan Peluang Dapatkan Tiket Anda Sekarang!

Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 bakal menjadi medan pemuzik terbaik negara mempamerkan kehebatan mereka dalam seni dram dan perkusi.

Festival ini menampilkan pelbagai persembahan menarik, termasuk Drums & Percussion Showcase, sesi interaktif seperti bengkel dan klinik, persembahan drumline, dan kemuncak Gala Konsert All-Star Show yang dijangka memukau penonton dengan kolaborasi artis terkenal seperti Dato’ Zainal Abidin, Ujang Exists, Lola, XPDC, Steve Thornton, dan ramai lagi.

Acara penuh warna-warni ini dijadualkan berlangsung di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam, bermula dari 10 pagi hingga 11 malam.

Menurut penganjur, Jin dari JS Music, objektif utama festival ini adalah mempromosikan seni perkusi, menyumbang kepada industri kreatif, dan meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian budaya melalui muzik.

Untuk memudahkan pengunjung, festival ini menawarkan dua jenis tiket:
– Festival Pass yang memberi akses penuh ke semua sesi siang, termasuk makan malam eksklusif bersama artis.
– Tiket Konsert yang direka khas untuk mereka yang hanya ingin menikmati persembahan malam Gala Konsert.

Tiket boleh dibeli di ubertickets : https://jsdrumfest2024.ubertickets.asia

Penganjur menggalakkan pembelian awal bagi mengelakkan kekecewaan, memandangkan tempat duduk terhad dan sambutan amat memberangsangkan.

Sejak pagi, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai sesi pembelajaran interaktif seperti bengkel dan klinik oleh pemuzik ternama seperti Arthur Kam dan Kamrul Hussin.

Pemuzik bass Fly Halizor menyifatkan program ini sebagai peluang untuk membina rangkaian bagi mereka yang ingin menceburi bidang muzik secara profesional.

Malamnya pula, Gala Konsert All-Star Show akan menampilkan persembahan luar biasa dengan gabungan muzik moden, Latin, dunia, dan tradisional Malaysia, diiringi Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).

Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 bukan sekadar festival muzik biasa, tetapi satu peluang untuk menghargai seni perkusi dan membina pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Dapatkan tiket anda segera dan sertai ribuan pengunjung lain pada 7 Disember 2024 ini!

Maklumat lanjut boleh didapati melalui saluran rasmi penganjur : https://jsmusic.my/pages/festival-of-drums-and-percussion-malaysia-2024

Komen
Loading...