Ikuti Kami:

Fazura Umum Hamil 4 Bulan

Fazura Umum Hamil 4 Bulan

Selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan selebriti popular Fazura dan Fattah Amin, bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Fazura menerusi akaun Instagramnya, memaklumkan dia sedang hamil empat bulan. Pada masa yang sama, dia turut meluahkan rasa syukur atas kurniaan anugerah paling bermakna serta berharga dari Allah SWT yang diberikan kepadanya dan suami tercinta.
fazura-hamil
Pasangan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka dan dikurniakan rezeki untuk bergelar ibu dan bapa.

Tentunya berita ini dinantikan ramai terutama sekali buat peminat Fattzura, ruangan komen di perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah buat pasangan ini.
komen-1-31
Mereka turut sama mendoakan agar kandungan Fazura sihat dan semoga proses bersalin nanti dipermudahkan.

Alhamdullillah dan tahniah kami ucapkan kepada Fazura dan Fattah, akhirnya mereka dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Kami mendoakan agar ibu dan bayi didalam kandungan sentiasa sihat. Amin..

Komen
Loading...