Ikuti Kami:

Fazura Syukur dan Bahagia Selepas Bercerai

Fazura Syukur dan Bahagia Selepas Bercerai

Pelakon terkenal, Fazura, mengakui bahawa kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia selepas perceraiannya dengan bekas suami, Fattah Amin.

Fazura, yang jarang berkongsi tentang kehidupan peribadinya selepas perpisahan itu, meluahkan rasa syukurnya atas kebahagiaan yang dirasai kini.

“Kehidupan sekarang sejujurnya saya tenang dan lebih bahagia. Bukan nak riak ke apa, tapi ini sejujurnya yang saya rasa sekarang.” katanya.

Menurutnya, ketenangan yang diperoleh adalah hasil daripada kepercayaannya kepada Allah dan penerimaan terhadap apa yang berlaku dalam hidupnya.

Fazura turut menambah bahawa kebahagiaannya kini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi adalah keikhlasan yang dirasakan dari hati.

“Saya bersyukur kepada Allah. Tidak mengapa, saya tenang sahaja. Terserah kepada Allah apa orang nak kata, itu urusan mereka. Urusan saya, hanya saya dengan Allah,” katanya lagi.

Terdahulu, Fazura telah diberikan hak penjagaan penuh terhadap anaknya, Fatima, manakala bekas suaminya, Fattah Amin, diberikan hak lawatan dan bermalam mengikut persetujuan bersama yang dicapai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa.

Komen
Loading...