Ikuti Kami:

Fazura Serah Notis Saman Terhadap Wanita Mendakwa Fattah Amin Di ‘Kambing Hitam’

Fazura Serah Notis Saman Terhadap Wanita Mendakwa Fattah Amin Di ‘Kambing Hitam’

Pelakon popular, Fazura, telah menyerahkan notis tuntutan saman kepada seorang wanita yang mendakwa beliau ‘mengkambinghitamkan’ suaminya, Fattah Amin, berkaitan isu curang. Notis saman tersebut difailkan pada Jumaat lalu.

Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan, yang mewakili Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, menjelaskan bahawa wanita tersebut telah membuat kenyataan palsu di media sosial mengenai rumah tangga pasangan selebriti tersebut.

“Semasa prosiding lalu, saya katakan bahawa Fazura tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia memfailkan cerai kerana isu curang.”

“Namun, itu tidak bermakna Fazura menafikan kewujudan isu curang,” jelas Fakhrul Azman di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Isnin.

Namun begitu, kenyataan seorang individu telah menimbulkan persepsi seolah-olah Fazura meletakkan semua kesalahan pada Fattah Amin.

Susulan daripada fitnah tersebut, Fazura meneruskan kes dengan saman malu terhadap individu yang pertama kali menyebarkan tuduhan berkenaan.

Setelah tujuh tahun membina bahtera perkahwinan, Fattah, yang pernah dinobatkan sebagai Hero Remaja 2011/2012, melafazkan cerai talak satu terhadap Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Isnin. Fazura memfailkan permohonan cerai pada 13 September lepas, dengan alasan tiada persefahaman.

Komen
Loading...