Ikuti Kami:

Fazura Muncul di X, Beri Sokongan kepada Individu Krisis Rumah Tangga

Fazura Muncul di X, Beri Sokongan kepada Individu Krisis Rumah Tangga

Pelakon Nur Fazura mengejutkan ramai apabila muncul di platform X selepas setahun tidak aktif, kali terakhir membuat ciapan pada Jun 2023. Fazura membalas ciapan mengenai isu kecurangan dan krisis rumah tangga, memberi sokongan kepada individu yang sedang berdepan masalah peribadi.

Dalam ciapan balas tersebut, Fazura, yang juga seorang usahawan berjaya, meluahkan rasa simpati terhadap seorang individu yang dipercayai sedang berhadapan dengan masalah rumah tangga. Fazura menulis,

“Assalamualaikum sis. Saya kirimkan pelukan dan kasih sayang yang kuat boleh diberikan. Moga terus tabah,” sokongan moral kepada individu tersebut.

Komen tersebut segera menarik perhatian netizen yang mulai membuat spekulasi bahawa kata-kata Fazura mungkin memberi bayangan kepada keadaan rumah tangganya sendiri bersama suami, pelakon Fattah Amin.

Ramai yang mula membuat andaian bahawa pasangan selebriti itu sedang menghadapi kemelut dalam perkahwinan mereka, walaupun tiada pengesahan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak.

Di ruangan komen, para netizen tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat Fazura, yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dan hasil daripada perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 4 tahun, Nur Fatima Aisya.

Komen
Loading...