Ikuti Kami:

Fazura Menangis Hampir Setiap Malam & Sukar Tidur” – Pengurus

Fazura Menangis Hampir Setiap Malam & Sukar Tidur” – Pengurus

Pengurus kepada pelakon Nur Fazura, Iman Tang, mendedahkan bahawa pelakon itu sering bersedih dan menangis hampir setiap malam, akibat konflik rumah tangganya dengan aktor Fattah Amin.

Memetik OhBulan!, Iman Tang, atau nama sebenarnya Nur Iman Tang, 49, berkata bahawa Fazura terkesan dengan perceraian itu walaupun tampil tenang di hadapan umum.

“Sebenarnya Fazura itu setiap malam dia sedih. Saya menjadi saksi sebab kadang-kadang tengah malam kami berbual dan dia menangis.”

Menurut Iman lagi, Fazura sering meluahkan perasaan sehingga tidak dapat tidur lena.

“Wanita yang mengimpikan satu perkahwinan sama sekali tidak mahu perceraian terjadi. Cuma saya boleh katakan, dia seorang yang sangat kuat. Tetapi bila kami bercakap melalui telefon, dia tidak dapat tidur dan menangis.”

Iman berkongsi perkara itu semasa majlis sidang media Konsert Govinda, Hal Hebat, pada hari Rabu.

Dalam masa yang sama, Iman turut menasihati Fazura agar tidak memendam perasaan terlalu lama, kerana risau tentang kesihatan emosinya.

“Saya juga ada cakap dekat dia, menangislah sepuas-puasnya supaya dapat kelegaan, jangan tertekan dan pendam perasaan.”

Pada 13 September lalu, Fazura, atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Melalui sebutan kes pada Rabu, mahkamah meminta mereka menyelesaikan masalah perkahwinan secara baik sebelum sebutan semula pada 7 Oktober depan.

Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia tiga tahun.

Komen
Loading...