Ikuti Kami:

Fazura Buat Laporan Polis Berkenaan Fitnah di Instagram

Fazura Buat Laporan Polis Berkenaan Fitnah di Instagram

Pelakon Nur Fazura dilaporkan telah membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang disyaki menyebarkan fitnah di Instagram (IG).

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor, pada hari Khamis untuk membuat laporan mengenai kenyataan fitnah yang dipercayai ditujukan kepadanya.

Namun begitu, butiran lanjut mengenai tuduhan fitnah oleh pengguna media sosial tersebut masih belum diketahui.

“Saya belum dapat kongsikan maklumat selanjutnya,” kata Fazura seperti dilaporkan Harian Metro, .

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaa’afar, turut mengesahkan bahawa pihak polis telah menerima laporan yang dibuat oleh pelakon tersebut.

Sebelum ini, Fazura sempat memuat naik gambar di Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Petaling Jaya, namun tidak menjelaskan tujuan sebenar kehadirannya di sana.

Komen
Loading...