IKLAN

Fazura Berseri “Dah Nampak Baby Bump”

Siapa tak kenal dengan pasangan selebriti yang menjadi kegilaan ramai di Malaysia ini iaitu Fattah Amin dan Fazura. Berkenalan di set penggambaran ‘Hero Seorang Cinderella’, tak sangka ianya membawa sehingga ke gerbang perkahwinan.

Sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2017, semua peminat tak sabar menantikan merpati dua sejoli ini menimang Fattah Junior mahupun Fazura Junior. Dek kerana kecantikan dan ketampanan mereka berdua, sudah pasti cahaya mata mereka nanti comel belaka.

Semua terkejut habis apabila pasangan ini mengumumkan sebulan lepas bahawa mereka bakal menimang cahaya mata sulung tak lama lagi selepas lama menanti.

Jarang menonjolkan dirinya mahupun kandungan pertama tersebut, ramai yang teruja apabila Fazura memuat naik gambar di mana dia sedang menantikan temu janji berkala bersama doktor.

IKLAN

Makin meriah semua peminat apabila dah boleh lihat ‘baby bump’ pada Fazura di kala kandungan tersebut mencecah usia 5 bulan.

Bukan sahaja peminat, malahan ramai rakan selebriti yang meninggalkan komen dan mendoakan agar semuanya berjalan lancar buat Fazura selain mendoakan kesejahteraannya.

Malahan pelakon wanita itu dibanjiri dengan pujian kerana kekal kelihatan cantik dan berseri meskipun hanya mengenakan solekan nipis. Aura ibu mengandung!

Semoga segala urusan Fazura dan Fattah serta cahaya mata pertama mereka dipermudahkan!

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN