Ikuti Kami:

Fattah Curang, Nafkah Diabaikan” – Fazura Buka Cerita Sebenar Perceraian

Fattah Curang, Nafkah Diabaikan” – Fazura Buka Cerita Sebenar Perceraian

Aktres terkenal, Nur Fazura Shariffuddin, baru-baru ini mendedahkan bahawa perceraiannya dengan Fattah Amin berpunca daripada kecurangan bekas suaminya itu. Fazura menyatakan bahawa sepanjang perkahwinan mereka, Fattah telah berlaku curang di belakangnya.

Menurut Fazura, 41, selain isu kecurangan, Fattah, 33, juga telah mengabaikan tanggungjawab memberikan nafkah kepada dia dan anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.

Salah satu lagi faktor yang mendorong keputusan untuk bercerai adalah tiada lagi persefahaman antara mereka dalam rumah tangga.

“Fattah telah abaikan nafkah untuk saya dan Fatima setelah sekian lama. Kedua, kami tidak sefahaman lagi, saya dah lama tak bahagia, emosi saya terganggu, mental saya tertekan, tapi saya tetap bertahan dan telan apa saja walaupun pelbagai tohmahan, fitnah dan cacian dilemparkan kepada saya.

“Dan saya berharap seorang sosok suami itu akan ke depan untuk mempertahankan saya tapi langsung tak ada.” jelas Fazura.

Fazura menjelaskan bahawa kecurangan Fattah adalah faktor yang paling sukar diterimanya. Walaupun mempunyai bukti dan tidak bahagia selama dua tahun, dia memilih untuk berdiam diri kerana masih menyayangi Fattah.

Fazura turut meluahkan rasa kecewa apabila mentuanya tidak langsung mengambil berat atau bertanya khabar ketika kemelut rumah tangganya dengan Fattah Amin menjadi bualan ramai, walaupun dia sentiasa mendahulukan keluarga bekas suaminya.

“Saya memang sayangkan keluarga mentua macam keluarga saya sendiri.

“Tapi saya agak terkilan kerana tiada seorang pun daripada mereka yang menghubungi untuk bertanya khabar saya dan Fatima,” kata Fazura.

Fazura ditemui pemberita selepas pengesahan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Subang Besar, hari ini.

Komen
Loading...