Fattah Beri Fazura Bunga dan Kad Ucapan Sempena Ulang Tahun Kelahiran – ‘Semoga Gembira & Bahagia, Mommy’
- oleh Mohd Indera
- 1 bulan lalu
Pelakon Nur Fazura menerima sejambak bunga beserta kad ucapan daripada suaminya, aktor Fattah Amin, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-41, seperti yang dikongsi melalui satu hantaran di Instagram.
Dalam kad tersebut, Fattah menitipkan doa agar Fazura sentiasa sihat dan dilindungi oleh Yang Maha Esa.
“Selamat hari lahir mommy (Fazura), daddy (Fattah) doakan mommy sentiasa gembira, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah, kebahagiaan dunia dan akhirat selamanya.”
Fazura kemudian menulis ringkas ‘terima kasih daddy’ sebagai tanda penghargaan kepada suaminya.
Sebelum ini, Fattah enggan melafazkan talak kepada Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Rabu.
Menurut Fattah, dia masih menyayangi isterinya walaupun Fazura bertegas dengan pendiriannya untuk meminta cerai.
Untuk makluman, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Fatima Aisya, yang kini berusia tiga tahun.