Fattah Amin Wajah Baharu NEX, Air Mineral Bergaya untuk Generasi Aktif
- oleh Mohd Indera
- 1 hari lalu

Pelakon terkenal Fattah Amin diumumkan sebagai wajah rasmi NEX, air mineral generasi baharu yang tampil dengan pendekatan lebih moden dan penuh gaya, seiring gaya hidup aktif dan sihat yang semakin menjadi pilihan generasi masa kini.
Imej bersih dan gaya hidup aktif Fattah mencerminkan nilai yang dibawa NEX, menjadikannya pilihan paling sesuai sebagai duta jenama.
NEX diperkenalkan dengan falsafah Hydrate to Elevate, membawa pengalaman hidrasi yang bukan sahaja menyegarkan tetapi turut menyokong kesejahteraan fizikal dan mental.
Diperkaya dengan mineral semula jadi, NEX membantu pengguna kekal fokus, bertenaga dan yakin dalam apa jua cabaran harian.
Acara pelancaran turut menyaksikan tayangan perdana Video Rasmi NEX berdurasi 30 saat yang menggambarkan gaya hidup dinamik dan penuh semangat, seiring identiti generasi moden.
Tayangan tersebut dimeriahkan sorakan peminat yang memberikan sokongan penuh kepada Fattah sebagai wajah baharu produk ini.
Kemunculan Fattah di pentas Konsert Jiwa Kacau di Stadium Hoki Bukit Jalil bukan sahaja mengejutkan ribuan peminat, tetapi juga menjadi detik simbolik pelancaran rasmi NEX sebagai jenama air mineral yang membawa mesej kesejahteraan dan ekspresi diri.
Booth NEX yang terletak di luar stadium juga menjadi tumpuan utama pengunjung sebelum konsert bermula. Aktiviti seperti “spin & win” dan pemberian barangan edisi terhad menambahkan lagi keterujaan terhadap jenama ini.
Dalam usaha mendekati lebih ramai pengguna, NEX melancarkan kempen “Hydrate & Win” yang berlangsung hingga 22 Ogos 2025.
Pembeli yang membuat pembelian minimum RM10 produk NEX di Shopee atau TikTok dan meninggalkan ulasan berpeluang memenangi sesi ‘Day Out’ eksklusif bersama Fattah Amin. Dua pembeli tertinggi pada hari konsert turut diumumkan sebagai pemenang awal kempen ini.
Kini boleh didapati di TikTok Shop dan Shopee melalui akaun rasmi @nexbeverage, NEX mengajak pengguna untuk bukan sahaja kekal terhidrat, tetapi melakukannya dengan penuh gaya.
Fattah Amin bukan sekadar duta, tetapi wajah kepada satu gaya hidup yang segar, yakin dan bertenaga — seiring dengan aspirasi jenama NEX.