Ikuti Kami:

Fattah Amin, Nora Danish Antara Barisan Bintang Hiasi Kempen ‘Amber Eid’s: Time For Love’

Fattah Amin, Nora Danish Antara Barisan Bintang Hiasi Kempen ‘Amber Eid’s: Time For Love’

​Jenama fesyen tempatan terkemuka, Amber, terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri tekstil negara dengan pelancaran kempen Aidilfitri terbaharu bagi tahun 2026 yang diberi judul “AMBER EID’S: TIME FOR LOVE”.

​Majlis pelancaran yang berlangsung gilang-gemilang di Glass House Seputeh itu turut memperkenalkan koleksi eksklusif sulung, Amber LUXE, bagi memenuhi permintaan segmen pasaran premium untuk musim raya akan datang.

​Pelancaran kali ini menyaksikan kolaborasi barisan bintang popular tanah air iaitu Fattah Amin, Nora Danish, Amira Othman, Hael Husaini dan Scha Alyahya sebagai wajah utama bagi memperagakan koleksi yang penuh prestij tersebut.

​Bagi memberi nafas segar, Amber telah memilih kota bersejarah Istanbul, Turkiye sebagai lokasi penggambaran kempen tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Amber, Datuk Adzliana Hasan, elemen kebudayaan Islamik dan nilai nostalgia yang ada pada kota tersebut sangat bertepatan dengan visi koleksi 2026.

​“Istanbul dipilih kerana ia adalah kota yang penuh dengan nilai budaya dan nostalgik. Pemilihan lokasi ini menepati ciri-ciri yang kita cuba ketengahkan tahun ini. Malah, kami juga menyediakan kandungan istimewa untuk penonton setia di saluran UTV khas dari sana,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran tersebut.

​Koleksi Amber LUXE: Luxe – An Interpretation Collection yang diperkenalkan menjadi pelengkap kepada koleksi sedia ada.

Digayakan khas oleh ikon fesyen, Scha Alyahya dan penyanyi versatil, Hael Husaini, ia menampilkan penggunaan fabrik satin mewah serta chiffon sutera dengan perincian pembuatan yang teliti seperti lipatan kemas dan ruffle romantik.



​Koleksi utama Amber Eid’s menampilkan enam rekaan wanita dan dua rekaan lelaki yang mengambil inspirasi daripada keindahan seni bina ikonik Istanbul seperti:

​AyaSofya: Diinspirasikan daripada kubah Hagia Sophia dengan potongan accordion pleats.

​Lalizar: Menampilkan motif tulip diraja zaman Uthmaniyyah.

​Hürrem: Mencerminkan semangat sultana melalui peplum regal dan corak floral Harem Topkapi.

​Bagi koleksi lelaki pula, rekaan seperti Bosphorus dan Rumeli menawarkan gaya maskulin moden dengan palet warna earth tone yang sesuai untuk Aidilfitri mahupun kegunaan harian.

​Orang ramai boleh mula mendapatkan koleksi Amber Raya 2026 menerusi laman web rasmi bermula hari ini, di mana beberapa rekaan eksklusif turut ditawarkan untuk pra-tempahan.

​Selain itu, Amber bakal meluaskan rangkaian fizikalnya dengan pembukaan butik baharu di IOI City Mall, Putrajaya yang dijadualkan bermula pada 9 Februari ini.

Komen
Loading...