Ikuti Kami:

Fattah Amin Mahu Fokus Karier dan Keluarga, Ucapkan Terima Kasih kepada Peminat yang Menyokong

Fattah Amin Mahu Fokus Karier dan Keluarga, Ucapkan Terima Kasih kepada Peminat yang Menyokong

Pelakon Fattah Amin hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan. Dalam satu temubual, Fattah, yang nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, berusia 34 tahun, mengakui bahawa sokongan peminatnya menjadikannya lebih kuat untuk terus berdiri.

Fattah juga menyatakan bahawa dia berada dalam keadaan baik dan kini memberi fokus sepenuhnya kepada kerjaya seni serta anaknya, Fatima.

“Keadaan saya sekarang macam ini lah. Sekarang tengah sibuk kerja, fokus karier dan juga anak saya Fatima. Bulan depan saya ada ‘shooting’ dengan Erma Fatima dan juga ada beberapa filem lagi,” ujarnya.

Fattah Amin terkejut dengan tingginya jumlah tontonan dan ‘like’ semasa siaran langsung aplikasi TikTok. Beliau sangat berterima kasih kepada semua yang menyertai siaran tersebut dan kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan.

“Saya tak sangka sebab niat buat siaran langsung itu untuk ucap terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi sokongan.

“Namun, saya tidak menyangka pula jumlah tontonan dan ‘like’ sangat tinggi pada waktu malam.

“Saya sangat berterima kasih kepada semua yang menyertai siaran langsung malam itu, serta kepada semua peminat yang sentiasa menyokong saya”, ujurnya lagi.

Fattah ditemui media di malam Gala Premiere “All Access To Rossa 25 Shining Years” di Pavillion Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Rabu.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 namun tidak berkekalan dan sah bercerai pada 7 Oktober lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.

Komen
Loading...