Fattah Amin Luang Masa Istimewa Bersama Fatima, Ucap Terima Kasih Buat Fazura
- oleh Mohd Indera
- 4 minggu lalu
Pelakon popular, Fattah Amin, baru-baru ini berkongsi detik istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, yang diadakan di sebuah taman permainan kanak-kanak.
Momen tersebut dipaparkan dalam satu hantaran di Instagram, memaparkan kegembiraan mereka sekeluarga.
Melalui hantaran tersebut, Fattah turut memuat naik video dirinya bersama Fatima sambil mengucapkan selamat hari lahir buat puteri kesayangannya. Kelihatan Fatima menikmati hari istimewa itu walaupun dilihat terlalu letih hingga tertidur.
Apa yang lebih menyentuh hati, Fattah tidak lupa menzahirkan rasa terima kasih kepada isterinya, Nur Fazura, kerana memberi peluang kepadanya untuk meluangkan masa bersama Fatima di tengah-tengah jadual yang padat.
“Selamat hari jadi, baby Nur Fatima Aisya. Kesian, sampai tertidur balik itu. Terima kasih Mommy sebab bagi ‘chance’ Daddy ‘dating’ dengan Fatima,”
Ruangan komen dibanjiri dengan ucapan selamat hari lahir buat Fatima, serta doa agar hubungan rumah tangga pasangan selebriti ini kembali pulih dan harmoni.
Ramai peminat berharap agar segala kemelut yang dihadapi oleh Fattah dan Fazura dapat diselesaikan dengan baik demi kebahagiaan keluarga kecil mereka.