Ikuti Kami:

Fattah Amin Infaqkan Komisen Jualan Restoran Pak Mat Western

Fattah Amin Infaqkan Komisen Jualan Restoran Pak Mat Western

Nama pelakon popular, Fattah Amin, menjadi perbincangan hangat selepas beliau mengambil keputusan untuk menginfaqkan komisen yang diperoleh daripada jualan kolaborasi dengan restoran Pak Mat Western.

Dalam perbualan WhatsApp yang di kongsi di Instagram, pihak Pak Mat Western menghubungi Fattah untuk mengucapkan terima kasih atas kejayaan kerjasama mereka dan menanyakan butiran akaun untuk memindahkan komisen yang telah dikira.

Namun, Fattah dengan rendah hati meminta agar komisen tersebut diuruskan untuk infaq kepada orang yang memerlukan.

“Wsalam Alhamdulillah, terima kasih boss. Cuma komisen tu nak minta tolong team Pak Mat uruskan boleh? Infaq kepada orang yang perlukan,” tulis Fattah dalam mesej tersebut.

Tindakan Fattah yang menginfaqkan komisen itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen, ramai yang memuji sikap dermawannya.

Pak Mat Western turut memuji tindakan Fattah yang juga menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Tindakan Fattah Amin yang dermawan dianggap sebagai contoh yang baik untuk diikuti oleh semua perminat beliau.

Komen
Loading...