Ikuti Kami:

Fattah Amin Dilantik Sebagai Duta Baharu Rissa Skin

Fattah Amin Dilantik Sebagai Duta Baharu Rissa Skin

Pelakon terkenal Fattah Amin kini secara rasmi dilantik sebagai duta baharu Rissa Skin, jenama kecantikan tempatan yang kian mendapat perhatian.

Pengumuman ini dibuat dalam sebuah majlis eksklusif yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Damansara, sekaligus menjadi detik penting buat jenama ini dalam memperkukuhkan kedudukannya di pasaran kecantikan.


Menurut Azira Razi, Ketua Pegawai Eksekutif Rissa Skin, pelantikan Fattah Amin adalah sebahagian daripada strategi besar untuk memperluaskan pengaruh jenama ini, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

“Kami percaya kehadiran Fattah Amin sebagai duta akan memberikan impak besar, terutamanya dalam menarik lebih ramai pengguna yang mengutamakan produk berkualiti tinggi,” kata Azira.

Dalam ucapannya, Fattah Amin turut melahirkan rasa terujanya menjadi sebahagian daripada keluarga Rissa Skin.

“Saya kagum dengan komitmen jenama ini dalam menawarkan produk yang premium dan berasaskan bahan semula jadi. Saya bangga dapat menjadi wajah yang mewakili nilai-nilai ini,” ujarnya.

Majlis yang diadakan ini turut meraikan pencapaian cemerlang stokis dan ejen Rissa Skin, di mana mereka menerima penghargaan atas sumbangan mereka dalam memperkukuhkan jenama ini di pasaran.

Selain pelantikan duta, Rissa Skin juga mengumumkan usaha terbaharu untuk menembusi pasaran Singapura dan Brunei, sebagai langkah memperluaskan pengaruhnya di peringkat global.

Majlis turut dimeriahkan dengan kemunculan istimewa Amira Othman sebagai penyanyi undangan.

Rissa Skin ialah jenama kecantikan tempatan yang menawarkan produk penjagaan kulit premium berasaskan bahan semula jadi dan teknologi terkini.

Dengan fokus kepada kualiti dan inovasi, Rissa Skin semakin menjadi pilihan pengguna yang mementingkan penjagaan kulit yang selamat dan efektif.

Komen
Loading...