Ikuti Kami:

Fattah Amin Akui Terima LOD Dari Bekas Isteri, Fazura

Fattah Amin Akui Terima LOD Dari Bekas Isteri, Fazura

Pelakon dan penyanyi terkenal, Fattah Amin, mengesahkan telah menerima notis tuntutan (LOD) daripada bekas isterinya, Nur Fazura Sharifuddin, dipercayai berhubung kenyataan yang dibuat di mahkamah mengenai isu kenderaan.

Menurut Fattah, LOD tersebut diterima sekitar sebulan yang lalu, sebelum beliau berangkat menunaikan umrah.

“Iya, saya ada terima LOD rasanya sekitar bulan lalu iaitu sebelum saya mengerjakan umrah. Saya pun kurang pasti tarikh sebenar.

“Saya serahkan kepada peguam untuk memberi balasan. Notis jawapan balas sudah diserahkan mengikut tempoh ditetapkan iaitu tujuh hari bermula tarikh LOD diterima.

“Setakat ini, itu sahaja yang saya boleh kongsikan. Perkara seterusnya saya cuma tunggu sahaja di mahkamah,” katanya.

Ditanya mengenai kandungan LOD tersebut, Fattah enggan mendedahkan sebarang maklumat dan menegaskan ia adalah urusan peribadi.

“Itu adalah urusan peribadi. Saya tak boleh kongsi” jelasnya.

Fattah ditemui ketika majlis Sidang Media Usahanita Entertainment yang berlangsung di restoran De. Wan 1958, Bangsar pada Isnin.

Sementara itu, Fattah dan bekas isterinya masih berhubung menerusi pembantu peribadi.

“Masih ada berhubung menerusi PA (pembantu peribadi), masih ada balasan… Itu sahaja yang saya boleh kongsi. Saya pun tak mahu komen lebih.

“Saya ada berjumpa dengan Fatima sebelum mengerjakan umrah, baru-baru ini,” katanya.

Ketika prosiding penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada Oktober lalu, Fazura menyatakan bahawa beliau menghadiahkan sebuah kereta kepada Fattah.

Namun, Fattah membalas dengan menegaskan bahawa kenderaan tersebut bukan hadiah, sebaliknya beliau membayar ansuran bulanan melalui potongan gaji.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan bercerai pada 7 Oktober lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.

Foto Oleh : Pa Pa Din.

Komen
Loading...