Ikuti Kami:

“Fatima selalu tanya, ‘Papa bila nak balik rumah? – Fattah

“Fatima selalu tanya, ‘Papa bila nak balik rumah? – Fattah

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin, meluahkan bahawa perkara yang paling dikesali sepanjang kemelut rumah tangganya adalah apabila terpaksa menipu anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun, setiap kali dia bertanya, “Papa bila nak balik rumah?” di saat dia sendiri tidak mampu memberi jawapan yang sebenar.

Menurut Fattah, Fatima sering menanti kepulangannya ke rumah seperti biasa, namun dia terpaksa memberi alasan bahawa dia perlu keluar bekerja.

“Saya terpaksa beritahu dia yang saya sibuk dengan kerja, walaupun hakikatnya bukan itu sebabnya. Saya tak mampu nak jelaskan keadaan sebenar kepada dia,” kata Fattah dengan nada penuh rasa bersalah.

“Dia menangis tak mahu lepaskan saya, sehingga tertidur. Itu yang paling saya kesali, sebab terpaksa menipu dia,” katanya lagi, sambil menahan air mata.

Apabila ditanya mengenai hak penjagaan anak, Fattah menjelaskan bahawa berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui, hak penjagaan penuh diserahkan kepada bekas isterinya, Fazura. Walaupun begitu, Fattah masih diberi hak lawatan dan bermalam bersama anak mereka.

“Saya bersyukur masih diberi peluang untuk meluangkan masa bersama Fatima. Kami akan tetap bekerjasama untuk membesarkan Fatima dengan cara terbaik. Dia keutamaan kami,” ujar Fattah.

Pada hari Isnin, Fattah dan Fazura disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Fattah, yang nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, melafazkan cerai terhadap Nur Fazura Sharifuddin, 41, di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

Komen
Loading...