Ikuti Kami:

Fatima Nyanyi Lagu ‘Happy Birthday’ Untuk Fattah, ‘Kek Tak Ada Patung Mommy’

Fatima Nyanyi Lagu ‘Happy Birthday’ Untuk Fattah, ‘Kek Tak Ada Patung Mommy’

Anak kepada pelakon Fattah Amin, Nur Fatima Aisya menitipkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran ke-34 buat aktor itu.

Menerusi hantaran di Instagram, dapat dilihat beberapa foto Fattah bersama Fatima yang dikongsikan buat tatapan umum.

Selain itu, Fatima turut menyanyikan lagu ‘happy birthday’ buat bapanya yang tercinta.

Happy birthday daddy, enjoy your special day. Love, Fatima.

Malah, kek ulang tahun yang dikongsikan turut menarik perhatian kerana hanya memperlihatkan dua bentuk patung mewakili Fattah dan Fatima. Namun tidak kelihatan patung mewakili Fazura.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan komen berasa sebak apabila teringat akan ujian yang menimpa keluarga Fattah dan Fazura.

Netizen berdoa agar rumah tangga pasangan tersebut masih dapat diselamatkan dan tidak berakhir dengan perpisahan.

Kecoh di media sosial apabila Fazura dilaporkan sudah memfailkan cerai terhada Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sumber
OHBulan
Komen
Loading...