Ikuti Kami:

FastQ Rai 50 Ikon SPM 2025, Rancang Teroka Pasaran Asia Tenggara

FastQ Rai 50 Ikon SPM 2025,  Rancang Teroka Pasaran Asia Tenggara

Syarikat pengeluar suplemen minda terkemuka, FastQ Sdn Bhd, meraikan kejayaan 50 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dalam Majlis Kecemerlangan Pelajar FASTQ 2026 yang berlangsung gilang-gemilang di Hotel DoubleTree by Hilton, i-City, semalam.

Majlis tersebut merupakan pengiktirafan kepada sekumpulan pelajar dari seluruh Malaysia yang berjaya mencapai keputusan minimum 5A sehingga 12A, selepas mengamalkan suplemen FastQ sebagai sebahagian daripada rutin persediaan peperiksaan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif FastQ Sdn Bhd, Zam Kahirunaim Bin Muhammad Zamri, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Naim, berkata penganjuran sulung itu membuktikan bahawa aspek pemakanan dan nutrisi yang tepat memainkan peranan kritikal dalam menentukan tahap fokus serta kestabilan emosi pelajar semasa belajar.

Mengulas mengenai prestasi perniagaan, Cikgu Naim mendedahkan syarikat mencatatkan pertumbuhan luar biasa pada tahun 2025 dan menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 30 peratus bagi tahun ini selepas berjaya menembusi pasaran Indonesia.

“Sepanjang sembilan tahun di pasaran, kami telah membantu lebih 300,000 pelajar. Selepas berjaya menembusi pasaran Indonesia tahun lalu, fokus kami kini adalah untuk terus meneroka dan memperkukuh jenama FastQ di peringkat Asia Tenggara (ASEAN), termasuk Brunei dan Singapura.

“Visi saya dalam tempoh 10 tahun akan datang adalah untuk melihat majlis seperti ini dihadiri oleh ribuan pelajar terbaik dari seluruh rantau ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

FastQ unik berbanding produk lain di pasaran kerana diformulasikan dalam bentuk coklat kunyah (chewable) yang digemari kanak-kanak dan remaja, sekali gus mengelakkan persepsi negatif terhadap pengambilan ubat atau suplemen.

Ia mengandungi lapan bahan terbaik untuk IQ dan EQ, termasuk pegaga, susu kambing, oat, dan koko.

Menurut Cikgu Naim, gabungan bahan ini bukan sekadar untuk hafalan, tetapi lebih kepada membantu fungsi saraf (nerve tonic) dan menstabilkan emosi.

“Ramai pelajar rajin tetapi gagal kerana tidak mampu fokus atau emosi tidak stabil. Coklat membantu merangsang hormon bahagia, manakala pegaga bertindak sebagai tonik saraf yang membantu ketenangan. Inilah ‘formula rahsia’ yang kami tawarkan,” tambahnya.

Salah seorang penerima anugerah, Nurul Aliah Mustafa Bakri, berkongsi pengalaman bagaimana beliau berjaya bangkit daripada keputusan yang merosot pada awal tingkatan empat.

“Dulu saya sukar fokus dan sering termenung dalam kelas. Selepas mula konsisten mengambil FastQ ketika di Tingkatan 5, saya rasa lebih ‘alert’ dan memori semakin baik. Alhamdulillah, daripada hanya 1A dalam ujian percubaan, saya berjaya memperoleh 7A dalam SPM, termasuk subjek ‘killer’ seperti Matematik dan Akaun,” katanya yang kini menunggu kemasukan ke universiti.

Dalam majlis yang sama, Cikgu Naim turut menyeru pihak berkuasa pendidikan untuk memberi perhatian serius terhadap kualiti makanan di kantin sekolah.

Beliau menegaskan bahawa pengambilan makanan segera dan tinggi gula (low nutrition) menyumbang kepada masalah murid cepat letih dan sukar menumpukan perhatian.

Produk FastQ yang kini popular di platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada diklasifikasikan sebagai kategori makanan tambahan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta mendapat pengesahan Halal, menjadikannya selamat untuk diamalkan dari peringkat tadika hingga dewasa.