Ikuti Kami:

Fan Bingbing Lancar Fan Beauty Diary di Watsons Malaysia

Fan Bingbing Lancar Fan Beauty Diary di Watsons Malaysia

Bintang antarabangsa dari China, Fan Bingbing, melakar sejarah apabila hadir di ibu negara bagi melancarkan jenama kecantikan miliknya, Fan Beauty Diary, secara rasmi di rangkaian Watsons Malaysia.

Majlis pelancaran yang berlangsung di TRX Mall itu mendapat sambutan luar biasa apabila ratusan peminat sanggup menunggu sejak awal pagi untuk melihat kehadiran selebriti terkenal berusia 43 tahun itu.

Fan, yang digelar “Ratu Masker”, bukan sahaja memperkenalkan koleksi masker ikoniknya ke pasaran tempatan, malah bakal menerima gelaran Datuk daripada Kerajaan Negeri Melaka sebagai pengiktirafan terhadap peranannya sebagai Duta Pelancongan Melaka 2024.

Sepanjang kempen promosi pelancongan, beliau berjaya melonjakkan kedatangan pelancong dari China sebanyak 224%, selain mencatat lebih 1.5 bilion capaian digital di platform WeChat.

Menurut Caryn Loh, pelancaran Fan Beauty Diary seiring dengan misi Watsons untuk menawarkan pengalaman kecantikan bertaraf dunia kepada pelanggan di Malaysia.

“Kehadiran Fan Beauty Diary di Watsons Malaysia bukan sekadar meluaskan pilihan produk kecantikan, malah membolehkan pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah eksklusif. Kami yakin jenama ini bakal mencetus fenomena baharu dalam pasaran kecantikan tempatan.” katanya.

Pelancaran Fan Beauty Diary di Watsons Malaysia turut mencatat rekod baharu apabila produk unggul seperti Seagrape Deep Hydrating Water Gel Mask habis terjual dalam tempoh beberapa jam, sekali gus menjadikannya antara jenama kecantikan antarabangsa dengan jualan tertinggi sehari di rangkaian Watsons negara ini.

Rangkaian lain seperti Acids Double Cleansing Clay Mask dan Dragon’s Blood Lentinus Fermentation Facial Treatment Mask kini boleh didapati di cawangan utama Watsons termasuk Sunway Pyramid dan TRX Mall, sebelum diperluaskan ke lebih 100 lokasi seluruh negara.

Dalam sesi bersama peminat, Fan turut berkongsi rutin penjagaan kulit yang dirumus khas untuk iklim tropika Asia Tenggara menerusi konsep “Cleanse-Hydrate-Repair”, yang disifatkan sebagai rahsia beliau mengekalkan kulit sihat dan berseri.

 

Acara perasmian diserikan dengan kehadiran Pengerusi Tourism Malaysia, YBhg. Datuk (Dr.) Yasmin Binti Mahmood, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Seri Maimunah Mohd Sharif, serta Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh, selain penampilan selebriti tempatan Dato’ Aaron Aziz dan Nazim Othman.

Fan Beauty Diary, yang diasaskan pada 2018, kini menjadi salah satu jenama kecantikan paling berpengaruh dari China dengan rangkaian produk seperti Peony Youth Capture Brightening Mask dan Peptides Anti-aging Face & Neck Mask, yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Dengan sokongan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf dunia, jenama ini menekankan formulasi berkesan, selamat serta disesuaikan untuk kulit masyarakat Asia, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam industri kecantikan global.

Komen
Loading...