Ikuti Kami:

Fakta Sedih Dan Realiti Sebenar Di Sebalik Spongebob Squarepants

Fakta Sedih Dan Realiti Sebenar Di Sebalik Spongebob Squarepants

Siapa saja pasti pernah menonton kartun popular, Spongebob Squarepants yang menjadi hiburan semua lapisan masyarakat. Dengan watak-watak menarik dan jalan penceritaan yang unik, kartun ini berjaya mengekalkan fenomenanya di seluruh dunia.

Di sebalik keceriaan yang ditunjukkan di dalam kartun ini, siapa sangka terdapat fakta sedih yang terselindung di sebalik penciptaan watak-watak dan penceritaan kartun ini. Baru-baru ini, ianya hangat menjadi perbualan netizen di media sosial sehingga mendapat lebih 80,000 likes di Twitter.

Maksud sebenar bunga di permukaan laut
Jika anda menonton kartun Spongebob ini, pastinya anda sedar tentang kewujudan bunga pada permukaan laut di dalam cerita ini. Berdasarkan pendedahan di Twitter ini, maksud sebenar di sebalik bunga itu adalah pencemaran minyak yang berlaku dalam dunia sebenar.

Bikini Bottom yang merupakan bandar di mana Spongebob dan rakan-rakannya tinggal juga adalah berdasarkan lokasi sebenar di peta dunia iaitu Bikini Atoll. Tempat dikenali sebagai Bikini Atoll merupakan tempat di mana Amerika Syarikat melakukan ujian nuklear.

Ikan paus anak Mr. Krab

Mungkin anda sedar sesuatu yang tidak logik apabila watak Mr. Krab iaitu seekor ketam mempunyai seorang anak perempuan, Pearl yang merupakan seekor ikan paus. Tetapi yang sebenarnya, Mr. Krab menjumpai Pearl yang berada di sebelah mayat ibunya yang telah diburu. Maksud di sebaliknya adalah sindiran kepada pemburuan haram yang dilakukan pada spesies tersebut.

Tidak dilupakan juga, tempat tinggal yang ditonjolkan di dalam kartun ini adalah sebenarnya longgokan sampah sarap yang dibuang ke dalam laut. Bangunan-bangunan yang berada di Bikini Bottom juga dikatakan sebenarnya adalah besi buruk.

Sementara itu, ada juga yang mendedahkan watak tupai dikenai sebagai Sandy adalah haiwan yang dibawa ketika ujian nukelar dilakukan. Disebabkan itu jugalah, watak Sandy di dalam ini cerita ini sentiasa memakai sut pakaian perlindungan diri lengkap sepanjang berada di Bikini Bottom.

Melihatkan kepada beberapa persamaan yang dikaitkan, tidak mustahil ianya menceritakan mengenai kemusnahan yang dilakukan pada hidupan dalam laut. Untuk makluman, kartun popular ini turut ditulis bersama pendidik sains marin dan animator Stephen Hillenburg untuk Nickelodeon.

Secara ringkasnya, kartun dan watak-watak di dalam Spongebob Squarepants ini menggambarkan sebuah hidupan yang tercemar akibat radiasi nuklear sehinggakan haiwan-haiwan ini bermutasi.

Komen
Loading...