Ikuti Kami:

Fajar Meriahkan Konsert “Eternal Love, Timeless Romance” BCL September Ini

Fajar Meriahkan Konsert “Eternal Love, Timeless Romance” BCL September Ini

Penyanyi muda dari Indonesia, Fajar Noor, bakal tampil sebagai artis jemputan istimewa pada Konsert Bunga Citra Lestari (BCL) – Eternal Love, Timeless Romance yang akan berlangsung pada 27 September di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Fajar, yang mula dikenali melalui penampilan dalam pelbagai program muzik di Indonesia, berjaya mencuri perhatian peminat serantau dengan suara unik dan gaya persembahan yang romantis.

Artis muda ini terus mengukuhkan kedudukan di pentas antarabangsa, termasuk di Malaysia, di mana beliau berjaya memikat hati peminat tempatan menerusi single sulung penuh emosi berjudul ‘Tahta Hatiku #Pendampingmu’.

Selain Fajar, konsert itu turut menampilkan penyanyi tempatan terkenal, Jaclyn Victor, dan pemain biola tersohor, Dennis Lau.

Penganjur turut menawarkan promosi pembelian tiket dengan diskaun 10 peratus menggunakan kod fajarlove atau bcl88sale.

Pembeli tiket juga berpeluang menikmati diskaun penerbangan eksklusif Malaysia Airlines selepas pembelian, selain potongan sehingga RM90 melalui kemudahan pembayaran mudah Atome.

Pemegang tiket juga berpeluang membeli pas eksklusif untuk sesi ‘meet and greet’ bersama Fajar.

Konsert yang dianjurkan Pulse Project Asia ini bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya menjanjikan sebuah malam yang penuh emosi, cinta dan penghargaan kepada peminat yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan seni BCL sejak awal kerjayanya.

Tiket sudah mula dijual menerusi platform rasmi www.ticket2u.com.my dengan harga bermula bermula RM288.

Komen
Loading...