Ikuti Kami:

Ezlynn Kini Berhijab – “Saya Berhijrah Kerana Allah…”

Ezlynn Kini Berhijab – “Saya Berhijrah Kerana Allah…”

Mengambil berkat bulan Ramadan yang lalu, penyanyi Ezlynn Ariffin telah memutuskan untuk berhijrah memakai hijab sepenuhnya.

Tambah Ezlynn, selepas tiga tahun mencuba memakai tudung setiap kali bulan Ramadan, pada tahun ini menjadi titik permulaan untuk dirinya berubah sepenuhnya.

Pelakon Ezlynn Ariffin akui dia mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas akhir Ramadan baru-baru ini.

Menurut Ezlynn selepas tiga tahun cuba memakai tudung setiap kali Ramadan membuatkan tahun ini ia dipermudahkan.

“Sebelum ini saya memang berhijab setiap kali bulan puasa selama 3 tahun berturut-turut. Tetapi tahun ini saya ambil keputusan untuk berhijab terus sepenuhnya.

“Mungkin Allah permudahkan niat saya selepas tiga tahun saya cuba untuk berhijab di bulan puasa akhirnya Dia tetapkan,” katanya.

Pelantun lagu Hi Hi Bye Bye itu dihubungi Gempak selepas ruangan komen di Instagram miliknya rata-rata bertanyakan mengenai imejnya kini yang masih berhijab meskipun selepas Ramadan.

Menurut Ezlynn penghijrahannya mudah dan bukan kerana sesiapa.

“Saya berhijrah hanya kerana Allah, tiada sebab untuk berhijrah kerana sesiapa.

“Cuma apa yang terdetik di hati saya tahun ni rasa nak berhijab,” katanya lagi.

Mengenai perkembangan seni, Ezlynn dalam perancangan untuk menghasilkan single terbaharu.

Sumber : Gempak

Foto : Instagram Ezlynn

Komen
Loading...