Ikuti Kami:

Exco Pelancongan Kedah Nafi Laporan 1,000 Tempahan Hotel Di Langkawi

Exco Pelancongan Kedah Nafi Laporan 1,000 Tempahan Hotel Di Langkawi

Sebelum ini tular berita mengenai Langkawi yang menerima 1,000 tempahan dalam tempoh sejam sebaik sahaja Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Ahad lalu.

Walau bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri, Mohd Firdaus Ahmad menafikan kenyataan itu.

“ Saya ingin memaklumkan bahawa data ini kurang tepat hasil semakan dengan Persatuan Perhotelan Kedah. Pihak mereka membangkitkan keraguan mengenai jumlah ini kerana jumlah tempahan yang diterima tidaklah seperti yang ditularkan”

Menurut Firdaus, Kedah Tourism ialah satu-satunya anak syarikat rasmi kerajaan negeri berkaitan pelancongan dan menjadi peneraju kepada sektor pelancongan di Kedah.

Serta menjadi penghubung dengan pihak Kementerian Pelancongan bagi membangunkan industry pelancongan di Kedah.

“Pihak kerajaan negeri tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk menjadi jurucakap kepada kerajaan negeri dan membuat kenyataan rasmi media.”

Dia berkata, perkara ini ekoran langkah kerajaan membenarkan perjalanan merentas negeri dan membuka semula pelancongan domestik di dalam tempoh PKPP.

Susulan itu kerajaan negeri berharap dapat mencapai antara 1.2 juta hingga 1.5 juta kedatangan pelancong pada tahun ini.

 “Selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjejaskan sektor pelancongan, kami terpaksa memulihkan semula pelancongan dengan kebiasaan baharu dalam PKPP ini.”

Firdaus turut menambah kebenarkan itu masih tertakluk kepada pematuhan SOP sepertimana yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pihak pengusaha hotel perlu memastikan hand sanitizer disediakan di setiap lobi masuk, memastikan penjarakan sosial 1 meter di semua kawasan hotel, dan penyediaan garis panduan untuk tetamu hotel dan para pekerja mengenai langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19,” katanya lagi.

 

Komen
Loading...