eufy, jenama peralatan rumah pintar terkemuka di bawah Anker Innovations, secara rasmi memperkenalkan eufy Robot Vacuum Omni C28 ke pasaran Malaysia, sebuah penyelesaian pembersihan semua-dalam-satu yang direka khusus untuk isi rumah yang sibuk.
Menampilkan teknologi mop penggelek pembersihan kendiri HydroJet™, Omni C28 menawarkan prestasi pembersihan ‘sekali laluan’ (one-pass clean) yang mampu menangani kekotoran harian dengan usaha minimal, sekali gus memberikan lebih masa berkualiti kepada keluarga.
Sistem HydroJet™ tersebut dilengkapi dengan 24 liang semburan air dan tekanan mencecah 10N, yang membolehkan mop berkenaan membersihkan dirinya sendiri secara masa nyata (real-time) semasa sedang menyental lantai.
Inovasi ini memastikan kotoran degil seperti tumpahan jus atau kesan tapak kaki berlumpur dapat diangkat dengan berkesan tanpa menyebarkan kotoran ke kawasan lain.
Selain kehebatan mengemop, Omni C28 turut memiliki kuasa sedutan luar biasa setinggi 15,000Pa yang mampu menarik habuk, sisa makanan, dan bulu haiwan peliharaan dari pelbagai jenis permukaan lantai termasuk permaidani.
Bagi menangani masalah rambut yang tersimpul pada berus—masalah utama bagi pemilik haiwan peliharaan—eufy menyertakan Berus DuoSpiral™ Detangle.
Rekaan berus dwi-sisi ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan pembersihan sebanyak lima peratus, malah memastikan operasi berjalan lancar tanpa gangguan manual untuk membuang lilitan rambut.
Melengkapi ciri pintarnya, Omni C28 hadir dengan Stesen All-in-One yang menguruskan segalanya secara automatik—daripada mencuci mop, pengeringan udara panas, mengosongkan habuk, sehinggalah mengisi semula tangki air.
Stesen ini membolehkan pengguna menikmati kebebasan pembersihan tanpa pengawasan sehingga 75 hari.
Dari segi navigasi, peranti ini menggunakan teknologi Laser iPath™ 2.0 yang membolehkan ia mengelak halangan seperti mainan kanak-kanak dan perabot dengan tepat, serta mampu melepasi ambang pintu setinggi 20mm.
eufy Robot Vacuum Omni C28 kini boleh didapati di Malaysia pada harga runcit RM2,299.
Pelanggan boleh membuat pembelian menerusi kedai rasmi eufy di platform dalam talian Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.




