Ikuti Kami:

Eskayvie Komited Perkasa Generasi Muda, Rai 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025

Eskayvie Komited Perkasa Generasi Muda, Rai 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025

Eskayvie terus memperkukuh komitmennya dalam pembangunan generasi muda melalui penganjuran Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Eskayvie Mindtropic 2026, hari ini.

​Platform penghargaan itu bukan sekadar meraikan kejayaan akademik, malah mengangkat mesej lebih besar mengenai bagaimana potensi anak perlu disokong, dibina, dan disuburkan secara konsisten bermula dari rumah.

​Berlangsung di Courtyard by Marriott Setia Alam, majlis berkenaan menghimpunkan lebih 600 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bersama ibu bapa dari seluruh Malaysia dalam suasana penuh inspirasi.

​Pengarah Urusan Eskayvie, Dr Kartika Wati Mohamed, berkata kejayaan anak-anak tidak lagi boleh diukur melalui keputusan peperiksaan semata-mata, sebaliknya perlu dilihat secara menyeluruh melalui keupayaan berfikir secara kritis, kreatif, dan berdaya tahan.

​”Potensi anak tidak hanya dibina di dalam bilik darjah, tetapi ia bermula dari rumah melalui pemakanan yang seimbang, sokongan emosi yang konsisten, tidur yang mencukupi, serta persekitaran belajar yang tenang.

​”Satu pelaburan paling bijak yang boleh dilakukan ibu bapa adalah melabur untuk nutrisi minda anak-anak, disokong dengan masa dan perhatian yang membantu potensi mereka berkembang setiap hari,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

​Menurutnya, pendekatan itu selari dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 yang menekankan pembentukan ‘Insan Sejahtera’.

​Sementara itu, Ketua Penyelidikan & Inovasi yang juga Pengarah Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, menjelaskan bahawa ramai pelajar hari ini berdepan cabaran seperti mudah letih dan hilang motivasi akibat otak yang tidak mendapat sokongan nutrisi optimum.

​”Eskayvie Mindtropic dan Mindtropic Junior dirumus khas melalui kajian saintifik untuk membantu menyokong fokus, daya ingatan, dan kestabilan emosi anak-anak mengikut peringkat umur mereka,” jelasnya.

​Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Duta Eskayvie, Datuk Aznil Hj Nawawi serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berkongsi formula kejayaan bersama para pelajar.

​Turut hadir memberi sokongan adalah Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Shahrum bin Md Saud dan Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan KPM, Roslan bin Ibrahim.

​Melalui inisiatif “Booster Minda: Serlahkan Potensi Anak Anda”, Eskayvie berharap lebih banyak pihak menyedari kepentingan nutrisi minda dalam membina generasi yang lebih yakin dan bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar.

Loading...