Ikuti Kami:

Elon Musk Menyambut Anak Pertama, Memberikan Nama Unik Kepada Bayinya

Elon Musk Menyambut Anak Pertama, Memberikan Nama Unik Kepada Bayinya

Grimes dan Elon Musk menyambut anak pertama mereka minggu ini, dengan Musk mengumumkan berita di Twitter. “Ibu & bayi semuanya baik,” di laman Twitternya . Dia mendedahkan kelahrian bayi lelaki dan mengumumkan namanya sebagai “X Æ A-12 Musk.”

Apa yang menarik perhatian adalah nama unik yang dipilih oleh Elon Musk untuk anaknya yang selamat dilahirkan itu. Nama ‘X Æ A-12′ menjadi pilihan pasangan tersebut dan ianya dianggap sangat unik dan lain daripada biasa.

Isterinya yang juga dikenali sebagai Grimes menjelaskan maksud di sebalik nama unik yang dipilih oleh mereka.

Grimes menjelaskan maksud nama tersebut sangat berkait rapat dengan sains dan juga filem sci-fi termasuklah turut melambangkan salah satu lagu kesukaannya iaitu Archangel. Elon Musk turut memuatnaik gambar dia bersama anaknya itu selepas mendapat pemintaan orang ramai.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada Elon Musk benar-benar meletakkan nama ‘X Æ A-12′ itu untuk anaknya atau ini hanya lah sekadar gurauan semata-mata. Di dalam perkhabaran lain, beliau memberitahu akan memanggil anaknya dengan panggilan Geoff sahaja kerana sudah tentu ianya lebih senang.

Komen
Loading...