Kuala Lumpur menjadi saksi kehebatan penyanyi muda sensasi dari Manchester, Elliot James Reay, yang mencipta memori luar biasa bersama lebih ratusan peminat di showcase eksklusifnya pada Jumaat malam, 17 Januari 2025.
Dari awal hari, suasana di The Exchange TRX sudah mula dirasai apabila peminat setia mula beratur beberapa jam sebelum acara bermula tepat jam 8 malam.
Semangat dan kegembiraan mereka jelas menggambarkan betapa istimewanya bintang berusia 22 tahun ini dalam hati penggemar muzik tempatan.
Showcase ini menyajikan setlist yang memukau, dimulakan dengan lagu “Boy In Love” yang penuh semangat, diikuti oleh beberapa lagu belum dirilis seperti “I Can’t Stay Away,” “Sweetness,” dan “Day Dreaming,” yang memberikan gambaran akan potensi besar karya masa depannya.
Tidak ketinggalan, Elliot turut mempersembahkan cover memukau “Heartbreak Hotel,”
Kemuncak malam ini hadir ketika showcase diakhiri dengan persembahan penuh emosi dari Elliot, yang menyampaikan hit viralnya, “I Think They Call This Love.”
Lagu yang telah menduduki carta Viral Spotify di 27 negara itu membuatkan penonton bernyanyi bersama, mencipta suasana yang mengharukan dan menggamit perasaan.
Selain itu, Elliot turut meluangkan masa berbicara dengan peminat, berkongsi cerita tentang perjalanan muziknya yang bermula sebagai pemuzik jalanan di Bury, Manchester.
Selepas persembahan, sesi fan meeting eksklusif yang dianjurkan oleh Universal Music Malaysia menambah pengalaman bermakna bagi peminat yang bertuah.
Malam itu bukan sekadar satu showcase, tetapi sebuah pengalaman yang akan terus dikenang oleh peminat Elliot James Reay di Malaysia.
Dengan dedikasi dan bakat yang dimilikinya, Elliot jelas menjadi bintang yang bakal terus bersinar di persada dunia.
Bagi mereka yang tidak berpeluang hadir, semoga Elliot akan kembali mencipta memori di Kuala Lumpur suatu hari nanti.